Selamat Hari Lahir Pertama Buat Anakku ;)

Salam..

Walaupun 15/10/10 hampir berlalu, rasa tak seronok kalau tak buat entri sempena ulangtahun pertama Darwisy..hehe. Almaklumlah masa nak berblogging sangat terhad sekarang ni, dengan penandaan kertas percubaan SPM Add Maths dan macam² kerja lagi. Malam tadi pun tertidur sambil menanda..hoho.

15/10/09, jam 7.32a.m, lahirkah putera kesayangan dan penyeri hidup kami suami isteri.

beberapa minit selepas kelahiran

Seperti harapan ibu bapa yang lain yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka, begitu juga dengan kami. Cabaran mendidik anak di zaman sekarang amat mencabar. Diharap kami dapat mendidik Darwisy sebaik mungkin. Amin.

Darwisy memberikan pose istimewa sempena hari jadi beliau tadi..hehe.Siap tunjuk ke arah dadu yang menunjukkan angka 1..Good boy ;). Disebabkan muka masih ada lagi kesan² chicken pox, Darwisy hanya menjadi bokeh di belakang dadu itu.



Nota Ringkas : Hadiah apa yang sesuai ye???

0 comment... add one now