20 minit sehari ,3 kali seminggu

Salam.

Beberapa minggu kebelakangan ini, kesedaran kembali berjogging semakin menebal. Gara² lemak² degil makin menebal di tempat² yang tidak sepatutnya. ;p. Opss..Salah tu, bersenam penting untuk kesihatan, bukan sekadar bertujuan menghapuskan lemak² tadi. hehe

Nasib baiklah ada kawasan jogging bersebelahan kondomaniam hak milik kerajaan ni. Jadi dapatlah berjogging setiap petang kalau tak hujan dan kalau tak kemana-mana. Yang bagusnya, Darwisy pun ikut sama berjogging!


dalam stroller je..hehe

Gigih si bapak berlari sambil tolak stroller. Sengih je Darwisy seronok

Walaupun lemak² di perut semakin menebal, tetapi masih mampu melakukan aktiviti² melibatkan kelenturan badan...hehe. Teringat masa masuk gimnastik zaman dulu² (???).



Sit up mesti ada, nanti lama² keluarlah six pack lapan ketul(ekstra 2)..Mesti kalah lelaki kelawar gelap atau bahasa Jawanya darbatman, atau lebih mesra dalam bahasa ganu, darbekmeng (terbaca tajuk GTO)


peace dari mama Darwisy

Ya kawan², bersenamlah sekurang²nya 20 minit sehari, 3 kali seminggu untuk kesihatan anda.

*******************

Senaman tujuh minit bantu elak diabetes ( dari sini )

Senaman secara agresif dan berterusan selama tiga minit dapat membantu mengelakkan diabetes kerana dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah, kata penyelidik Britain.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal BioMed Central Endocrine Disorders menunjukkan orang ramai yang tidak mampu memenuhi garis panduan kerajaan menggesa senaman secara sederhana hingga bersungguh-sungguh selepas beberapa jam seminggu masih boleh mendapat manfaat daripada bersenam.

“Ia cuma jumlah senaman yang boleh anda lakukan tanpa berpeluh. Anda boleh menjadikan cara senaman itu berkesan seolah-olah melakukannya selama berjam-jam dan latihan berterusan setiap minggu,” kata pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons, yang mengetuai kajian.

Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.

Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukan-nya dengan pantas dua kali seminggu.

Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons.

Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman.

“Idea mudahnya ialah jika anda melakukan pengecutan otot ketika berlari atau berkayuh anda menaikkan kemampuan insulin untuk membersihkan glukos dari saluran darah.

Nota Ringkas : Jadi cikgu ni selalu bersenam. Naik turun berpuluh² tangga sehari.

0 comment... add one now