Ada Apa di MAHA Antarabangsa 2010?

Salam..

Satu lagi acara yang agak menarik diadakan di hujung² tahun ni. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan di MAEPS, Serdang.

Mesti ramai duk tertanya², apa yang menarik di MAHA Antarabangsa 2010? Apakah aktiviti² MAHA Antarabangsa 2010?. Jom kita tengok jarak dari kawasan² sekitar.

JARAK NAK KE SANA?

* Kuala Lumpur = 36 km
* Putrajaya = 16 km
* Cyberjaya = 12 km
* UPM = 2 km
* Seri Kembangan = 5 km
* Kajang = 21 km

Untuk maklumat lanjut, sila ke sini.Sedikit maklumat yang dicedok dari sana seperti kat bawah ;

Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.

MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia.

MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Sebut pasal pertanian, teringat seorang member kat UKM dulu, yang beria-ia nak menternak kambing. Siap pergi kursus, cari maklumat macam² mengenai prospek ternakan kambing..hehe

Tapi sekarang macam tak jalan² juga projek kambingnya itu..haha

Dan saya juga adalah anak seorang petani!! ;)

Bukti penternak lembu yang berjaya

0 comment... add one now