'Strong' di atas!

Salam..


Fuh..Fuh..Fuh..Fuh..

Sebab tu ada kata² yang menyatakan kalau anda ada sakit jantung, jangan menonton perlawanan badminton, terutamanya melibatkan acara beregu.

Syabas Koo Kien Kiat & Tan Boon Heong, walaupun tewas dalam final beregu Sukan Asia, kerana mempamerkan aksi² yang mantap!!.

Tadi terdengar jeritan Rexy, jurulatih beregu pasukan Malaysia ;

'Strong' di atas..'strong' di atas!!

Ia merujuk kepada kekuatan mental. Kekuatan yang kadang² lebih penting daripada kekuatan fizikal. Kerana mental dam minda kitalah yang mengawal fizikal.

Teringat zaman dulu², bila beraksi dalam perlawanan yang melibatkan acara badminton atau ping pong, kekuatan mental sangat² dicabar. Kadang² kalah disebabkan kelemahan mental. Bila berlatih, semuanya menjadi, bila berada di dalam perlawanan sebenar, semuanya tak menjadi!

Gambar diambil dari entri kelindan adik beradik Lin Dan haritu

Nota Ringkas ; truttt..trutt..Steven, jom tempah dewan main badminton!

0 comment... add one now