Biru ke Hijau? Tiga Kolum ke Dua Kolum?

Hari ini semasa tengah meeting, dapat SMS dari mama Darwisy, bertanyakan mengenai edit HTML. Wah. Tiba² beliau dah mula nak berjinak-jinak dengan edit template sendiri.

Balik rumah, dia tunjuklah hasil godekan beliau tu..

Iaitu edit template dari 3 kolum kepada 2 kolum. Wow. Boleh rupanya buat sendiri. keh keh keh. Dah berbulan minta saya edit template pink beliau itu kepada 2 kolum, tapi ada je alasan bernas dari suami dia.. ;p

Jom tengok hasil tangan beliau di blog mama Darwisy. hehe

Sebenarnya sejak awal berblogging, kami telah edit template minima yang asalnya 2 kolum kepada 3 kolum. Dan sampai sekarang ni saya menggunakan template ini.

naman
Alexa Rank 358,458 (setakat 27/12)

Saya ada juga photoblog, diberi nama fotonaman..keh keh keh. Bajet gambar² lawa la tu nak buat photoblog!

Alexa Rank 696,511 (setakat 27/12)

Bila tengok fotonaman ni, rasa macam sejuk la pulak mata memandang dengan warna kehijauan itu. Tambah² 2 kolum pulak. Gambar sedabak woo.

Apa pendapat anda?

Perlukah blog ini bertukar template hijau yang mendamaikan dengan 2 kolum? Mana yang lagi bagus?

Biru ke Hijau? Dua Kolum ke Tiga Kolum? Apa kelebihan dan kekurangan masing²?

Pendapat² anda didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. (skema kan ayat. Cikgu katakan..haha)

Nota Ringkas : Menunggu saat² merdeka!

0 comment... add one now