Darwisy yang suka membaca macam papa(yeke?)

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Baru² ni dapat tangkap gambar Darwisy yang sedang khusyuk membaca buku babybooks dan juga sedang memilih perabot dalam katalog IKEA.

tengah baca baby books

memilih perabot kesukaan

Jadi baru² ni kebetulan ada jualan murah² oleh kedai buku MPH di Alamanda, saya belikan Darwisy 2 buah buku kulit keras.

lupa nak rotate..hehe

Reaksi mula²,

seronok dapat buku

Lama², dah bosan, Darwisy buat main je


Tengok-tengok ,

Epal boleh dimakan kan papa?

Tajuk di atas hanya benar, tiada benar selain benar² belaka sekiranya dirujuk zaman 1990an dahulu, masa sekolah rendah. Masa sekolah rendah, suka baca buku, kebanyakannya buku penyiasatan Enid Blyton

dari sini

Pernah menang pembaca buku terbanyak buat beberapa kali, ironinya hadiah adalah buku penyiasatan jugak..hehe

Tapi itu dulu, sekarang hanya membaca blog sahaja. Jarang² beli buku. Bila beli tengok 2, 3 muka surat lepas tu simpan..keh keh keh..

Sesi soal jawab : Membaca blog sama tak dengan baca buku? Anda suka membaca buku tak? Buku genre macam mana?

0 comment... add one now