Kalau Bukan Kerana Bola, Najib Tak Umumkan Jumaat 31 Disember ni cuti umum

Bloglist dan dashboard penuh dengan cerita² pasal kemenangan pasukan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup. Banyak blog tiba² jadi blog wartawan sukan..hehe

Bagi yang tak minat bola pun akan tiba² suka bola sepak sebab PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dah mengumumkan 31 Disember ni cuti umum sempena meraikan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia tu..

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.

-- BERNAMA

Ada yang tak suka dengan bola, konon-kononnya macam orang bodoh duk berebut satu bola tengah padang. Yang tak minat tu, janganlah duk kata macam² pulak ye. Kerana Allah jadikan manusia ni berbeza sifatnya. Kalau kebanyakan perempuan suka membeli dan membelah bazirkan duit, kebanyakan lelaki pula suka menonton bola sepak bazirkan suara menjerit, tetapi ada juga sebaliknya, di mana ada perempuan suka tengok bola tetapi tak suka shopping, manakala ada lelaki yang suka shopping tapi tak minat bola..hehe

Nota Ringkas
: Rambut sama hitam, hati lain².♥♥♥♥
Kalau Bukan Kerana Bola, Najib Tak Umumkan Jumaat 31 Disember ni cuti umum

0 comment... add one now