(Kedai Makan Best Bangi)-Yati Ayam Percik

Baru perasan entri jalan² cari makan sangat jarang ada dalam blog ini. ;). Antara sebabnya ;

a) Jarang makan kat luar
b) Entri dah dibuat oleh mama Darwisy ..hehe
c) Memasak bersama pasangan di dapur mengeratkan silaturahim (auu!!)

Kenapa jarang? Makanan kat luar kita tak tahu akan kebersihan sebenar²nya! Mungkin di luar nampak bersih, tapi di dalam?

Sayur dicuci betul²kah?

Telur dicuci ke tak?

Ayam dari mana?

Tetapi itulah, sebagai manusia biasa (eceh), nak juga merasa makanan yang di luar kebiasaan. Sekarang mudah nak cari kedai² makan best. Taip sahaja di enjin carian, contohnya;

'' Kedai makan/restoran best kat Bangi ''

'' Kedai makan/restoran romantik '' (ewahhh, plastik tak boleh ke bang?)

Agak ramai yang menggunakan keywords kedai makan best di bangi, jadi apa salahnya saya membantu ye, walaupun bak kata mama Darwisy ;

''Batu dengan kayu je yang u tak telan '' waahhh..lasernya dia.

Maknanya saya semuanya boleh makan, sedap ke tak sedap ke, semua boleh masuk..hehe. Jadi tak retilah sangat nak menilai macam orang lain kesedapan makanan² yang ada kat sesebuah kedai makan tu. Orang lain siap bagi gred atau rating lagi.

Baru² ni jalan² cari makan kat Bangi, yang digelar syurga makanan (fuhh). Terjumpalah kedai Yati Ayam Percik di seksyen 9. Banyak lagi cawangan² lain, tapi kat Bangilah yang paling dekat dengan Putrajaya.

Orang cakap rasa kat sini tak sama dengan cawangan di Kelantan, entahla.

rupa kedai

persekitaran dalam yang bersih

nak makan bersila pun boleh

makan jangan tak makan

Kami mengambil set A untuk 2 orang yang terdiri daripada nasi kerabu, daging bakar dan ayam percik, berharga RM 17.90

nasi kerabu

daging bakar

ayam percik

dan ditambah

Gelas yang unik
Air RM 2.90 segelas

sup tulang RM 6.90 ( tak berapa kick!)

solok lada RM 1.90 satu
Telur masin RM1.00 sebelah

Agak mahal kan? Jadi terpulanglah pada selera masing². Kalau dah lama mengidam nak makan nasi kerabu yang sedap, bolehla ke seksyen 9.

Facebook Yati Ayam Percik- sini

Nota Ringkas : Tepuk dada tanya selera, jangan lupa tepuk beg duit sama ;p

0 comment... add one now