Lokasi Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3

on Friday, December 24, 2010

Cuba update sepantas kilat, kerja masih bertimbun. Perlu dihantar Isnin ni..Waduh..waduh..

Nak update sebab ni rasanya info yang agak berguna bagi penjawat² awam di Putrajaya, berkenaan Klinik Kesihatan yang baru dibuka 1/12/2010 di Presint 3. Sebelum ni satu²nya klinik kerajaan adalah di Presint 9, yang mana sentiasa ramai.

Pintu masuk Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3

Tercari-cari lokasi? Klinik Presint 3 ini Terletak di bawah bangunan kaca berwarna hijau ni, bersebelahan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia


tengok, mana ada orang lain pun. Mungkin ramai tak tahu lagi

Kami ke situ tadi kerana Darwisy demam dan selsema sikit. Risau pulau bila tiba² demam ni. Alhamdulillah demam biasa² sahaja. Tak panas sangat.

Sebelum ni kalau Darwisy demam agak panas, memang kami terus ke Klinik swasta di Bangi. Kesian nak tunggu lama² kat klinik Presint 9 tu. Yang hairannya kat klinik swasta, doktor cakap lebih kurang 10 minit, bagi ubat selsema sebotol, cajnya RM60++.. Alahai. Kesian orang kerajaan yang nak menggunakan khidmat klinik swasta ni kan? Jadi harap² dengan bertambahnya klinik kerajaan kat sini memberi manfaat kepada penjawat² awam di Putrajaya.

**Klinik Kesihatan (KK2) Putrajaya Presint 18, di dalam pembinaan sekarang.

Penting
1.Kat sini belum ada lagi HRMIS online, jadi sila bawa GL kalau tak nak dikenakan bayaran,hehe.
2. Selain bahagian pesakit luar, ada juga bahagian klinik ibu dan anak.


P/S :

Nak menangi cash, gajet² menarik seperti Ipad, laptop, atau Iphone? Peluangnya ada di bawah. Sila klik gambar di bawah ni. Mana tahu ada rezeki anda.

Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved