Tips Ajar Anak Berjalan dengan Cepat

on Friday, December 3, 2010

Sekarang bertugas sebagai mr mama separuh masa. ;p.

Darwisy sekarang dah setahun sebulan, tetapi masih lagi segan² nak tatih/jalan. Tapi bab bercakap tak henti² terutama perkataan JATUH, yang disebutnya tanpa pelat langsung. Kami tahu dia dah boleh jalan sikit², cuma bila Darwisy nak cepat, dia lebih suka merangkak dengan kelajuan 8km/j. ;p

Tadi timbul idea nak merangsang Darwisy supaya jalan ke depan. Hanya letak kamera digital yang dah rosak tu depan dia, sambil rekod video (kamera samsung tu masih lagi boleh ambil video walaupun rosak). Darwisy pantang tengok kamera tu sebelum ni, nak je. Jadi bila diletakkan di depan dia, apa lagi, jalanlah nak pergi ambil.

Ini adalah videonya ;


Selepas tu, Darwisy dah mula berjalan. Tak nak dah merangkak-rangkak..hehe..Dah mahu berjalan ke depan bila saya panggil.

Alamak. Senget pulak video ni??

Menangis pulak orang nak ambil gambar dia berjalan..hehe

lepas ni tak payahla bergantung macam ni lagi ye!

Nota Ringkas : Orang kata nanti anak dah berjalan kuruslah mak bapak!..hehe.Eloklah, nak turunkan 5 kilo ni!
Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved