Contest Aku dan Generasiku

Cikgu!!!!


Cikgu wan!!!



Cikgu wan!! Cikgu Wan!!





Cikgu naman!! Cikgu naman!!


Nak bergambar dengan cikgu naman!!

nasib baiklah di tahun terakhir di sekolah ni baru terbocor identiti maya saya. Identiti maya dan juga identiti dengan rakan² lama dan yang karib. Di sekolah lebih dikenali dengan nama cikgu Wan..hehe

Dan inilah gambar yang di'cilok' dari FB pelajar saya. Kalau tak nampak saya yang terselit tu, boleh tanya..hehe..


1) Anda cikgu dari sekolah / IPG / IPT mana-Ni sekolah lama, SMKPJ, Port Klang.
2) Cerita tentang gambar yang dipertaruhkan ada di bawah

Pada hari² terakhir persekolahan dan hari² terakhir saya berkhidmat di bumi Klang, ada satu majlis untuk pelajar² Tingkatan 5. Usai sudah majlis, mereka² sibuk mencari guru² kesayangan untuk bergambar kenang-kenangan.( kesayangan kew? kewl ghittewww!!-cikgu kena belajar bahasa budak, ok uolss!!)

Kalau nak tahu simbol apakah yang ditunjukkan tu, itulah A++. Simbolik untuk subjek yang saya ajar. Masing² duk perli dapat A++ untuk Add Math..haha. Mentang-mentanglah tu subjek 'pembunuh'.

Mengajar Add Maths ni satu cabaran yang sangat besar. Pelajar² mempunyai asas yang lemah Matematik pun ambil Add Maths, semata² untuk ikut kuota 60 : 40. Jadi kena ada satu pendekatan untuk memotivasikan pelajar² ini, supaya dalam kepala mereka tiada istilah ;

'Maths pun gagal, inikan pula Add Maths'

Cara mengajar secara santai saja. Kalau dulu suka membebel jugak, tapi buang air liur je. Jadi saya mengajar macam sesetengah cikgu yang mengajar Sejarah, kena ada lawak diselang seli dengan motivasi. Saya tak pernah paksa pelajar buat latihan, tapi alhamdulillah, mereka menunjukkan minat dalam kelas, latihan yang tak dapat buat mereka akan tanya .

Ada satu mesej dari bekas pelajar ;
assalamualaikum cikgu.. cikgu sehat?? bes tak kolah baru?? mesti bes kan.. urm.. cikgu saye nak mintak maaf kat cikgu lau slme ni tak dgr ckp cikgu.. kekadang keje kolah tak wat... gurau2 ngn cikgu.. wat bising dlm kelas.. perli2 cikgu ke.. sye mintk maaf sgt2.. tpi alhamdulillah wakto SPM sye boleh wat lebih drpd biase.. ini semua atas usaha cikgu.. tengkiu cikgu.. da abis kolah ni terase rindu pulak nak kolah balik.. dapat jempe cikgu2.. kawan2.. grau2 ngn cikgu2 n kawan2.. cikgu doakan saye berjaye dlm hidup saye.. saye mintak maaf lau saye ada terkasar bahase kat cikgu.. n harap cikgu akan happy2 selalu..

Gurau² tu bukanlah bertepuk tampar ye! Saya suka memberi 'buah paku keras kepada pelajar'. Sentiasa perli dengan cara yang berilmiah...hehe. Alhamdulillah, agak berjaya. Ada seorang pelajar yang berdendam dengan saya selepas handphone beliau dirampas. Mula² dalam kelas dia buat bodoh saja, tapi lama², bila kita selalu sebut² nama dia masa buat lawak, dia akan rasa seronok dan mula menunjukkan minat nak belajar.

Sekarang di sekolah baru, tengah siasat, selidik dulu latar belakang pelajar. Cuba cari pendekatan yang sesuai. Mana yang elok dari sekolah lama, insyaAllah akan diteruskan.

Wah..Meleretlah pulak. Nanti kak jie cakap blogger cikgu lelaki pun meleret jugak..haha.

Sila klik banner di bawah untuk ke blog penganjur.


Nota Ringkas : InsyaAllah akan dikongsi ayat buah paku keras tu..hehe

0 comment... add one now