Menghadapi Krisis Minyak Masak Secara Sihat

Cuci gambar passport 32 keping RM7?? Sila klik sini

Minyak masak habis???


Ala..Tak boleh lah nak masak goreng² macam ayam RFC ( Radix Fried Chicken ) ni lagi.


Ada hikmahnya juga krisis minyak masak ni. Rasanya semua dah sedia maklum yang makanan bergoreng ni tak berapa elok untuk kesihatan kan? Kecualilah anda menggunakan minyak zaitun ke, minyak kelapa ke atau minyak tanah yang tahap kolesterol dia sangat rendah.

Jadi bolehlah kita mula menukar gaya pemakanan, daripada makanan berminyak kepada makanan panggang/bakar..hehe.. Cuma nak memanggang ni lecehla sikit kan?

Fuh..menggoda ikan bakar ni (air tangan saya ye!!)

Tetapi, makanan yang dipanggang ni juga tidak selamat. Kerana proses pembakaran ni boleh menghasilkan karsinogen. Asap² yang berbahaya tu akan melekat pada makanan yang dipanggang. Jadi eloklah dibungkus dengan daun pisang atau kertas khas untuk makanan panggang.

resepi ayam bakar lemon berlada hitam ciptaan sendiri..keh keh keh

Ada juga beralih kepada penggunaan ketuhar, canggih sikit kan? Tapi ada beberapa rencana yang mengatakan penggunaan ketuhar boleh menyebabkan kanser, boleh baca di sini .

Tetapi ada juga yang mengatakan penggunaan ketuhar yang betul tidak menyebabkan kanser, boleh dibaca di sini.

Pening kan bab² makanan yang sihat ni. Yang paling senang lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak lebih mudah lagi kurangkan makan!


Nota Ringkas : Terliur pulak tengok gambar² ni..huarghhhh!!

0 comment... add one now