Nuffnang Sudah 'Remove' Iklan Arak

Semalam terkejut bila tengok kat blog saya ada iklan arak. Rupa²nya masalah yang sama juga berlaku di blog² kawan² seagama yang lain.


Saya sudah menghantar soalan kepada pihak nuffnang malam tadi meminta penjelasan, kerana rasanya kita semua sudah tapis jenis² iklan yang kita nak dan tak nak kan? Mungkin jawapan akan diberikan esok oleh pihak nuffnang.

Dan tadi pukul 12 tengah malam saya cuba tengok ada tak lagi iklan tersebut, alhamdulillah sudah tiada. Bila masuk web nuffnang, ternampak dekat ruangan twitter.


Pihak nuffnang sudah membuang iklan² tersebut dan meminta maaf.

Dalam kes ni, saya rasa kita tak salah. Sebab kita sudah membuat tapisan bahawa kita tak nak kepada iklan² seumpama itu. Ia umpama kita makan makanan yang disahkan halal oleh JAKIM, tetapi rupanya ada satu ketika, makanan itu bercampur dengan bahan² haram. Kita menjadi mangsa.

Kepada pihak nuffnang, harap² benda macam ni tak berlaku lagi

NOTE- SAYA MEMANG DAH UNTICK UNTUK ALCOHOL AND TOBACCO RELATED ADS SEMASA REGISTER NUFFNANG DULU, tapi ada orang yang ingat saya tak tahu benda tu..haha

0 comment... add one now