Sekolah Baru di Tahun Baru.

Alhamdulillah, keputusan pertukaran yang menggembirakan ini menyebabkan saya tak perlu lagi berulang - alik ke Pelabuhan Kelang sejauh 54km sehala, 108km pergi balik.


Jarak ke sekolah baru adalah 14km sehala, kurang 40km dari sekolah lama. Satu perbezaan jarak yang sangat ketara. Yang paling letih setiap kali nak berulang sejauh itu adalah mental, bukannya fizikal. Pagi² nak gerak ke tempat kerja dah memikirkan jarak yang jauh itu. Hampir 3 tahun, 6 kali seminggu termasuk Sabtu, menelusuri jalan² berturap itu. (Ceh!! Macam sasterawan lah pulak)

Mulai 3 Januari 2011, harap² perjalanan yang ditempuh dipermudahkan. Amin!!

Nota Ringkas : Kali ni anak murid semuanya anak Melayu.

0 comment... add one now