Tak Semua Takaful Mengikut Syariah??

Ada satu persoalan dalam entri berlindung dan beramal mama Darwisy yang berbunyi ;
fiza..ni dgn MAA insurance ke? confirm x syariah compliance dia? xsemua takaful mematuhi syariah compliance especially yg bkn dr bank2 islam & takaful itself (takaful malaysia, takaful ikhlas)..

Sebelum saya menulis sedikit mengikut pengetahuan dan kefahaman yang sedikit dalam bidang takaful ni, kita baca dulu yang berikut.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2. Mengandungi unsur judi.
3. Mengandungi muamalah riba.

Fatwa tersebut menyentuh pengharaman insurans konvensional. Tak tahu maksud insurans konvensional? Paling senang, apa sahaja insurans yang tiada perkataan Takaful adalah insurans konvensional.

Tetapi, sekarang industri Takaful sedang berkembang pesat di Malaysia. Jadi kita sudah ada pilihan untuk memilih perlindungan yang berasaskan syariah. Antara operator² Takaful di Malaysia adalah ;

(sehingga 17 Jan 2011. sumber )

Takaful Companies
1 CIMB Aviva Takaful Berhad
2 Etiqa Takaful Berhad
3 Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
4 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.
5 MAA Takaful Berhad
6 Prudential BSN Takaful Berhad
7 Syarikat Takaful Malaysia Berhad
8 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Hari tu ada terbaca syarikat Great Eastern pun dah dapat lesen Takaful, tapi tak tahu pulak kenapa tak tersenarai di situ.

Retakaful Companies
1 MNRB Retakaful Berhad
2 Munchener Ruckversicherungs - Gesellschaft (Munich Retakaful Malaysia)
3 ACR Re Takaful SEA Berhad
4 Swiss Re

International Takaful Operator
1 AIA Takaful International Berhad

Fatwa mengenai Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam.


Tak semua takaful Patuh Syariah?
Saya cuba tulis secara ringkas. Sebelum sesebuah syarikat ingin memohon lesen takaful dari Bank Negara Malaysia, mereka perlu mewujudkan panel Syariah mereka sendiri yang terdiri daripada pakar² Islam dalam beberapa cabang.

Kemudian, BNM sendiri ada Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah yang mengawalselia skim-skim takaful yang dipasarkan kepada orang ramai. Maknanya di sini, setiap skim takaful yang berada di Malaysia mendapat 2 tapisan syariah sebelum dipasarkan.

Jadi, perlukah kita ragu² lagi?Sudah ternyata semua takaful adalah mengikut syariah

Sebenarnya industri Takaful diburukkan oleh mereka yang terlibat dalam industri Takaful itu sendiri, contohnya saya petik dari sebuah forum

semalam pash di approach oleh sorang agent Takaful Ikhlas..
dia ada gtau yang Takaful Ikhlas nih 100% ISLAMIC..
sbb dia ada badan syariah dia sendiri..

then pash tanya about ETIQA TAKAFUL dan PRUBSN TAKAFUL..
dia ckp, etiqa nih dari maybank dan prudential nih dari bsn..
bank bank ini adalah bank konvensional..

so if pash nih nak jaga duit dari segi KEISLAMANNYA..
tak perlu ragu2 nak labur dalam TAKAFUL..
sbb once pash dah tau about konvensional nih..
haram utk pash amik yang ada cabang ke konvensional..

Mungkin perkara negatif macam nilah yang terjadi. Agen² takaful memburukkan takaful² yang lain semata² untuk menarik pelanggan.

Macam mana pula dengan Takaful yang berkaitan dengan bank konvensional?

Contoh adalah Etiqa Takaful yang berada di bawah Maybank dan juga MAA Takaful sendiri yang mempunyai insurans konvensional. Untuk menjawab persoalan ni, boleh rujuk Fatwa daripada Malaysia International Finance Centre (MIFC).


Anda juga boleh membaca tulisan seorang kawan kita ni, Dimana Halalnya Takaful?

Nota Ringkas : Saya pun tengah belajar² Takaful, kalau ada yang tersilap atau tersalah bolehla sama² perbetulkan.

Tak Semua Takaful Mengikut Syariah??

0 comment... add one now