Bila Lorong Kecemasan Menjadi Lorong Paling Laju

Salam bersiaran kembali ;p

Orang lain cuti beraya, kita tumpang sekaki. Satu Malaysia la katakan. Hari Sabtu ada kenduri mak cik di Kulim, Kedah. Sempat curi² ambil gambar pengantin yang masih malu² tu..keh keh keh.




Hari ni 8 jam berada di atas lebuhraya Plus, dari Kulim, Kedah ke Putrajaya.Biasanya mengambil 4 jam setengah sahaja. Itupun pukul 8 pagi dah bertolak balik. Mak dan ayah bertolak lambat sedikit kerana ada urusan, akibatnya pukul 9malam belum sampai lagi, kerana kesesakan bertambah teruk.

Semasa tengah jem tu, kereta dipandu dengan kelajuan 20-40 km/j sahaja, walaupun berada di lorong paling kanan. Yang hairannya ramai pemandu² yang hebat selamba memecut di lorong kecemasan, dengan anggaran kelajuan 70-90 km/j. Alahai. Ok, kita bersangka baiklah, agaknya mereka yang memecut di lorong kecemasan tu sakit perut sebab gulai kenduri tak serasi dengan perut. Tak pun terlebih makan limau mandarin, terlebih pelawas. ;p

Antara punca² kesesakan

Saman, dah saman, tak heran. Agak² macam mana lagi nak buat dengan depa ni naa? Ada cadangan?

Nota Ringkas : Selamat menghadapi Monday Blues, setelah lama bercuti.;p

0 comment... add one now