Cara² Membuat Ayam RFC ( Radix Fried Chicken )

Saya ada membaca entri kawan² blogger yang dah merasa ayam RFC(Radix Fried Chicken) seperti :


1. adie-->http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/rfc.html

2. penyu-->http://blog.penyubiru.com/2011/01/radix-fried-chicken-mai-seketoi.html

3. bapak-->http://akubapak.blogspot.com/2011/03/radix-fried-chicken-rfc-ipoh.html

Siap ada komen orang rumah bapak ;

"Sedap ayam goreng RFC ni, garing, terasa rempah dan tak muak cam KFC. Mashed potato (kentang putar) pula terasa kandungan minyak sapi atau mentega," komen Orang Rumah Bapak ala-ala juri rancangan masakan setelah menjadi penonton setia MasterChef, Junior MasterChef dan TopChef sejak akhir-akhir ini

Ini pulak pengalaman kami sendiri ;


Kami boleh katakan sekali seminggu akan pekena ayam goreng RFC ni kat rumah. Buat sendiri saja, sebab kat sini belum ada cawangan RFC lagi..hehe. Sangat menjimatkan!

Apa yang diperlukan selain daripada tukang masak dan dapur gas adalah;

Ayam ( takde ayam tak jadilah ayam RFC kan?hehe )

Ayam Organik HPA 1.5 kg, RM16. Bebas dari bahan² kimia. Bebas daripada enzim b**i

Tepung Herba RFC

kotak Tepung RFC

satu kotak, ada 3 x 300g..Harga RM12

Putih telur. Tapi saya ada juga gunakan telur kuning, lagi sedap. Tak tahulah kenapa mesti telur putih, saya bukannya guru masakan. ;p

Kacau telur putih sampai berbuih. Kemudian gaulkan ayam mentah tadi dengan telur putih ni.

Gaulkan pula dengan tepung RFC.

Gorenglah sampai masak. Jangan sampai hangit sudah!

Jangan nak kedekut minyak macam saya kalau nak ayam masak cantik je..hehe

Tadaaaaa..Sudah siap untuk dimakan.


Setakat ini sayalah tukang masak untuk ayam RFC ni, sebab ianya terlalu senang..hehe.


Nota Ringkas : Lelaki juga kena pandai masak. ;)

0 comment... add one now