Jadi Cikgu ni Mudah-Episod : Juruletih

Entri ini bukannya rungutan, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.

Minggu ni sibuk dengan acara sukan peringkat daerah. Ramai cikgu yang keluar membawa pelajar ke pertandingan, dan cikgu² yang tinggal menjadi mangsa untuk menggantikan cikgu² yang keluar. Itulah resamnya sekarang.

Semalam pecah rekod bila ada 8 waktu masuk ke kelas. 5 waktu sendiri, 3 relief/ganti. Memang letih! Semalam habis je sekolah terus balik rumah tidur lebih kurang sejam untuk cas balik tenaga, sebelum ke sekolah pukul 4 untuk melatih pasukan bola sepak sekolah.

lapan, lapan lagi

Jadi cikgu ni semua kena tahu termasuklah melatih pasukan sekolah. Apa² saja pasukan yang diberi, cikgulah pengurus, cikgulah jurulatihnya walaupun cikgu tu sendiri tak tahu permainan tersebut. Nak panggil jurulatih luar siapa nak bayar? Mana ada peruntukan. Nasib baiklah dibaginya pasukan bola sepak dekat saya, bukannya bola jaring ke, kriket ke..hehe

Sama juga dengan sekolah lama, bab main ni pelajar² sangat minat. Kalau belajar, ngelat², lambat masuk kelas sebab tak nak belajar. Bila bab main, suruh datang pukul 4, 3.30 sudah tercegat kat padang.

Sabtu ni juga dah mula kelas tambahan berfokus bagi tingkatan 3 dan 5, pukul 8-12 tengahari. Saya juga terlibat. Letih tak letih pun, itu tugas kita kan cikgu²? Mereka yang kata senang jadi cikgu tu sungguh hebat. ;)


Nota Ringkas : Update blog salah satu terapi merawat keletihan kan?

0 comment... add one now