Minta Tolong Sedekahkan Al Fatihah..

Pagi tadi terima SMS dari kawan lama, mengatakan salah seorang ex-classmate kami telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi akibat kemalangan.

Farid Che Nordin namanya. Berbaju oren.


Tiba² teringat kenangan bersama arwah. Teringat arwah begitu sukakan bolasepak, itulah passion beliau. Selalu bermain bola dengan arwah di Padang Beng, Pasir Puteh. Beliau sangat meminati Ronaldo dan Stone Cold Steve Austin.

Al Fatihah buat arwah. Minta sesiapa yang membaca entri ini sedekahkan AlFatihah dan mendoakan roh beliau ditempatkan di kalangan golongan beriman.

'Tuhe lebih saye ko mung Parid'


KepadaNya kita kembali.

0 comment... add one now