Keywords 'Keputusan Penuh ABPBH 2010' terlalu banyak saingannya.

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Rupanya malam ni ada Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2010 rupanya. Baru tahu..keh keh keh. Tengok dekat blog², twitter duk heboh pasal anugerah tahunan tu. Masing² duk mencongak keputusan, menjadi wartawan hiburan secara maya. ;)

Dan esok, atau mungkin malam ini sudah pastilah banyak² blog² menulis entri bertajuk Keputusan Penuh ABPBH 2010. Kenapa?

Mungkin salah satu sebabnya adalah disebabkan keywords/kata kunci. Ramai bloggers sudah tahu kepentingan keywords dalam menjana trafik ke blog masing². Tapi untuk anugerah ini, terlalu banyak saingan untuk keywords Keputusan Penuh ABPBH 2010. Mungkin yang mengena kat blog kita hanya 7,8 UV sahaja, kecualilah yang pakar dalam hal ni, yang mungkin beratus UV mengena.

Saya juga suka bermain dengan keywords, tetapi tidak pakar seperti orang lain..hehe. Dan nampaknya lagi senang anda bermain dengan keywords yang kurang pesaingnya . Buktinya ada di bawah, dari analisis nuffnang untuk seminggu (sila klik untuk besarkan) ;

800++ UV seminggu dari keywords tanpa update 18 kali sehari. Ok la kan?

Terpaksa blurkan yang di atas, sebab tak nak saingan. (sambil gelak² jahat).

Mestilah pandai mencari keywords yang sentiasa laku kan? Baru boleh goyang kaki tak payah blogwalking. Hehehehe.


Nota Ringkas : Nanti dalam minggu ni, mungkin pahat masih berbunyi walaupun rumah sudah siap.

0 comment... add one now