Tulisan Cikgu Kan Cantik? Kenapa Nak Suruh Kitorang?

بِسْمِ اللهِالرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Itulah kata² pelajar² kelas saya bila saya tanya, tulisan siapa cantik, cikgu nak mintak tolong tulis sikit. (cikgu tengah malas + sibuk). Hairan jugak, sebab tulisan saya dekat whiteboard tidak berapa cantik. Tapi kalau dekat buku, kawan² sekolah dulu perli tulisan macam tulisan perempuan..aduss!!

Inilah tulisan saya dalam Buku Rekod Pengajaran ;

Tengoklah markah matematik Siti Nurhaliza tu..hehe

Pernah saya buat teka teki mana satu tulisan saya dalam gambar di bawah ni ;



Jawapannya adalah 5, 7 & 14. Ramai yang tertipu dengan ayat last dengan meneka no 9..hehe. Kenapa ada 3 tulisan saya? Sebab saya suka tukar bentuk² tulisan bila dah boring..hehe.

Kata Dato' Fadzilah Kamsah, peribadi seseorang boleh dinilai melalui tulisan. Macam mana nak nilai peribadi orang yang suka menukar² tulisan ye Dato'?

0 comment... add one now