Ada Funfair Di Presint 4 Putrajaya Sempena Hari Belia 2011

Semalam ada ternampak kemeriahan lampu² neon dari balkoni apartment saya. Ingatkan ada UFO nak mendarat. Rupa-rupanya dari jauh pun dah nampak ada funfair di Presint 4, dekat je dengan rumah kuarters di Presint 18 ni.

sumber, sambillpark

Masuk rumah terus menggunakan khidmat uncle google yang bijaksana itu.Rupa-rupanya sempena Hari Belia 2011, Sambill Park (M) Sdn. Bhd. telah membuka funfair di Presint 4, Putrajaya. Ia bermula 12 May 2011 - 13 June 2011, 6 petang hingga 12 tengah malam. Masuk adalah percuma tetapi untuk permainan ada bayarannya. Takkan nak bagi percuma pulak kan?hehe

Anda juga berpeluang memenangi secara percuma semua pas untuk setiap permainan yang ada. Caranya, like sambillpark di facebook.com/sambillpark dan membuat slogan. Malahan anda berpeluang untuk memenangi Grand prize berupa menikmati hidangan makanan dengan yang tersayang di puncak Ferris Wheel setinggi 99 kaki beserta hadiah² lain. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk banner di bawah yang diambil di facebook sambillpark.


macam² ada..;)

Jadi apa lagi, bolehla singgah² kat funfair ni kan bawak keluarga.

Tiba² teringat zaman kecik dulu. Seronok bila tengok ada funfair. Kat kelantan, kami memanggil funfair ni dengan nama ekspo..hehe. Di tempat saya, Pasir Puteh, lokasi² ekspo adalah samaada di Padang Beng atau di Tok Bali.

0 comment... add one now