CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Nak masuk tak nak. Nak masuk tak nak. Memang mencabar CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! yang dianjurkan oleh abangshah kita ni.


Bila cikgu Add Maths cuba berpuisi ni macam nilah jadinya. Apa²pun dah alang² buat masuk je la..hehe. Kalau ada bahasa yang salah cikgu imanshah tolonglah betul²kan ye!

GURU,
Gelaranmu sebanyak 4 aksara sahaja,
Namun tugasmu seribu satu,
Dari mengajar hinggalah mengecat padang,
Dari sekolah hinggalah di katil rumah,
Engkau setia dengan tugas²mu itu.

GURU,
Namamu kadang-kadang terukir di dinding tandas,
dihina dan dicaci oleh muridmu,
namun engkau tetap tersenyum walaupun hatimu duka,
Demi mendidik anak bangsamu.

GURU,
Di hujung minggu, kau meninggalkan anak dan suamimu,
Demi menjaga anak orang yang kadangkala mencelamu,
Namun engkau tetap sabar,
Kerana itu sebahagian tugasmu.

GURU,
Walaupun betapa peritnya tugasmu,
Sabarlah! Ikhlaslah!
Kerana semua itu akan dihisab,
Menambah apa yang kurang pada setiap amalanmu.

SELAMAT HARI GURU BUAT INSAN² YANG BERGELAR GURU!


SELAMAT HARI GURU 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


0 comment... add one now