Kacakkah berambut pacak?

Antara trend² sesetengah pelajar lelaki sekarang adalah berambut pacak, selain sisipan baju kat luar, stokin warna², kaki seluar kecik ala² skinhead dan macam² lagi yang stailo² (gitu).

Kalau tak silap, fesyen rambut pacak ni mula menjadi ikutan setelah David Beckham memulakannya semasa Piala Dunia tahun berapa entah.


Entah di mana hensemnya fesyen rambut macam ni? Cool sangatkah? Kacak sangatkah berambut pacak? Lantas saya melakukan eksperimen ringkas tanpa menggunakan radas² di makmal.

sekadar eksperimen sahaja.

Terasa bagaikan alien pulak. Tak pula rasa sekacak David Beckham mahupun Brad Pitt. Rasanya lagi kacak fesyen rambut Jalaludin Hasan. ;p

Kalau zaman sekolah dulu², selamba je cikgu² disiplin gunting depan perhimpunan pagi. Tapi sekarang, nak sentuh pun silap² masuk suratkhabar lah cikgu disiplin tu.

harap takdela sampai macam ni fesyen rambut budak sekolah di masa akan datang!

1 comment... add one now

Ibu Mifzal Arsyad Ibu Mifzal Arsyad 23 April, 2012
Aduhai..x sanggup tgk fesyen rambut gambar bawah sekali..