Darwisy ke sekolah

Jumaat lepas saya bawa Darwisy ke sekolah, bukan nak hantar Darwisy belajar tapi haritu nak key in markah Ujian Pertengahan Tahun. PPD saja je suruh cikgu datang masa cuti sekolah tau.hehe. Malas nak hantar kat pengasuh, jadi saya bawa je Darwisy.

Mula² sampai bukan main seronok lagi dia.

Sekarang dah pandai posing. Bila tala je kamera dia akan duduk macam tu

Kereta dia memang tak boleh tinggal..hehe

Pastu mintak zozes (sila klik kalau nak tahu apa itu zozes)

Darwisy tengah zozes.

Duk tekan² remote aircond pulak.


Habis dia ronda bilik guru cari kerja yang boleh buat. Almari orang pun Darwisy buka..Adui..hehe.

Lama² dah boring mula la nak merengek-rengek. Masa tu tengah kira markah dan masukkan dalam buku rekod mengajar. Bila sampai je nak key in pakai komputer, Darwisy tak bagi langsung dah nak buat kerja. Nasib baik ada cikgu kat situ baik hati nak tolong key in.

Lain kali Darwisy duk lah umah pengasuh ye. Siapa suruh buat perangai..hehe.

Nota Ringkas
: Selamat kembali ke sekolah!!

0 comment... add one now