Floria Putrajaya 2011-Ros Untuk Selamanya

Kalau tahun lepas Darwisy tak boleh berjalan lagi. Tengok bunga pun kena dukung dia. Tengah berdukung pun sempat nak pegang² bunga si Darwisy ni. ;)

Darwisy dan bunga

Tapi kali ini Darwisy mesti ligat dan teruja bila tengok bunga yang berwarna warni tu. Maklumlah dah boleh berlari. Kat bawah ni sebahagian daripada gambar² di Floria 2010 tahun lepas yang saya ambil menggunakan kamera berbajet rendah. ;p





Tema pada kali ini adalah 'Ros Untuk Selamanya'. Lambakan bunga² ros mungkin akan menyebabkan banyak bunga² ros hilang kerana ramai lelaki² ambil nak letak dalam but kereta bagi kejutan sama ada kat isteri, tunang, ataupun awek. Maklumlah penangan Seth Tan kan? ;p

Buat maza pencinta wanita alam hijau, tak nak datang sini ke? Bolehla kita lantun² tangkap gambar bunga ros gituuu..hehe

Sedikit sebanyak maklumat mengenai Floria 2011, presint 2, putrajaya seperti di bawah. Sumber.

Putrajaya Floria 2011

Putrajaya Floria, Festival Bunga dan Taman Putrajaya akan dianjurkan sekali lagi di Putrajaya, Malaysia. Pesta selama 9 hari ini akan bermula pada 9hb hingga 17hb Julai 2011.

Putrajaya Floria 2011 adalah acara bertaraf antarabangsa yang dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pengunjung pasti terpesona dengan bunga-bunga dan dedaun yang kemas diatur dan landskap dalam pelbagai gaya dan susunan yang akan mewujudkan kemeriahan warna-warni dengan lokasi khas untuk memberikan peluang bergambar. Adalah diharapkan agar festival ini dapat menyemai rasa hormat dan cinta pengunjung terhadap alam semulajadi, warna, bunga, tumbuh-tumbuhan dan minat untuk berkebun.

Terdapat begitu banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di dalam kawasan seluas 15 ekar ini. Di samping itu, terdapat banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Pada waktu malam, semua tarikan tersebut seperti bunga-bunga dan taman akan dihiasi dengan cahaya yang menampilkan pandangan memukau yang terhasil oleh cahaya dari bangunan, struktur dan jambatan di Putrajaya. Sebahagian daripada daya tarikan di Floria 2011 adalah:

Taman-taman perhiasan Flora
Taman Istimewa Ros
Taman Antarabangsa
Taman-taman Korporat
Taman-taman Pertunjukan Sekolah dan Universiti
Taman-taman NGO
Taman Terapi
Astaka Flora
Bazar Taman
Persembahan Seni & Kebudayaan


Masuk Percuma

Tarikh   : 9hb - 17hb Julai 2011
Tempat : Waterfront Presint 2, Putrajaya
Masa Lawatan : Isnin - Khamis : 9.00 pg - 10.00 mlm
Jumaat - Ahad : 9.00 pg - 12.00 mlm

Untuk mengetahui apakah aktiviti-aktiviti di Floria 2011 secara terperinci, bolehla layari http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html, portal rasmi untuk floria 2011.

Nota Ringkas
: Dah lama tak update, tiba² cerita pasal bunga, boleh kan?

0 comment... add one now