Rokok di syurga

Baru² ni semasa sedang makan di pantry bilik guru, saya terbaca satu ruangan dalam majalah Pa & Ma mengenai suami perokok. Sungguh menarik artikel tersebut, dan yang paling menarik adalah kisah yang mengakhiri cerita tersebut. Artikel tersebut menyatakan ia adalah kisah lama, tetapi saya tak pernah dengar/baca pulak. Memang sangat sinis.

Tadi saya cuba bertanyakan kawan saya si google mengenai kisah ni, cari punya cari jumpa juga. Tetapi yang ada hanya versi Indonesia. Nasib baiklah pengalaman berkawan dengan Aldy dari Indonesia semasa saya bekerja kilang selama 3 bulan semasa cuti semester UKM banyak membantu untuk memahami bahasa Indonesia seterusnya menterjemahkan kisah tersebut. ;p

Asahi Kosei, Balakong. Kurusnya dulu..keh keh keh.

Kisah Rokok di Syurga

Konon²nya ada sorang alim yang merupakan perokok tegar. Tapi kerana banyak beramal dan berbuat baik, maka orang alim tersebut di ampuni dosa-dosanya, dan masuklah ia ke dalam syurga.

Cuma di syurga, orang alim tersebut makin hari makin resah. Kemudian dia memanggil malaikat penjaga syurga: “Wahai Malaikat, kalau di syurga kan saya boleh minta apa saja, bolehkah saya minta rokok ? Dah lama saya tak merokok, dah pahit mulut rasanya''.

Malaikat pun terus menyediakan rokok dengan pelbagai jenama dan perisa, untuk memenuhi permintaan Si alim tadi. Dengan gembiranya, Si alim tadi pun mulai membuka kotak rokok tersebut, mencium, dan mengambil sebatang dan  dipanggilnya Malaikat “Wahai Malaikat, apinya mana??!

Dan Malaikat pun berkata “Apinya ada di neraka”, Si Alim ?!#$&?!!%…….Astaghfirullahalazim……”

0 comment... add one now