Markah Matematik Siti Nurhaliza dan Aman Shah

Siti Nurhaliza adalah pelajar yang berada dalam kelas kedua, 1 Bestari. Manakala Aman Shah berada di kelas paling akhir, 1 Kreatif. Perwatakan siti Nurhaliza adalah pendiam, manakala Aman Shah agak nakal, dengan imej rambut pacaknya itu. Bila saya acah nak gunting terus ke tandas perbetulkan rambut.

Di kelas pertama tersebut, kebanyakannya adalah anak orang² yang agak berada. Cukup kelengkapannya, pakaiannya bersih. Berbeza di kelas 1 Kreatif, koyak sana, koyak sini. Mungkin itulah kesan sosio ekonomi terhadap pembelajaran dan tumbesaran anak².

Kadang² saya kesian dengan sesetengah pelajar 1Kreatif yang tak boleh membaca dengan lancar, bahkan ada juga beberapa pelajar daripada rumah anak² yatim. Tetapi saya bangga, masih ada 2 orang pelajar dari kelas ini yang lulus matematik. Kedua-duanya tak pernah tak siap kerja rumah yang diberikan, dan menunjukkan minat dalam mata pelajaran matematik.

Pendekatan yang sangat berbeza diambil oleh saya dalam mengajar kedua-dua kelas ini, mengikut kesesuaian pencapaian pelajar.

Markah Siti dan Aman Shah ada di bawah.

markah maths aman shah

Markah maths Siti Nurhaliza

Aman Shah gagal, manakala Siti dapat markah atas pagar dalam subjek matematik bagi peperiksaan pertengahan tahun hari tu.


Nasib baiklah saya tak mengajar Anwar Ibrahim di kelas 1 Ehsan.

0 comment... add one now