08/08/11 Ulangtahun ke-3♥♥♥

Alhamdulillah, hari ini genap 3 tahun sudah kami bergelar suami isteri. Pejam celik celik rupanya dah 3 tahun, rasa macam baru je diijabkabul..hehe.

Tarikh keramat 08/08/08 permulaan hidup sebagai suami isteri. Sebenarnya pada mulanya kami ambil tarikh 09/08/08, tetapi tiba² tok imam Manaf offer tarikh 08/08/08 tu..hehe. Bukannya kami yang obses dengan tarikh cantik tu, tapi tok imam yang bagi. ;)

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, selamat bergelar suami.

Syukur oleh mama Darwisy ;)

bergambar di depan masjid Putra, Putrajaya.

Semoga hubungan ini terus diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin!!


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa."
Surah Al-Furqan: 74

@ Bukit Tinggi (guna tripod, Darwisy nyenyak tidur dalam stroller..hehe)

Dan terimalah lagu Teristimewa buat yang teristimewa, nyanyian oleh cikgu naman di kala muda belia..hihi..

0 comment... add one now