23 Ogos, permulaan di sekolah baru

+Sambungan dari entri dibuang daerah

SMKDABB,1 Jan 2011-22 Ogos 2011

Selamat tinggal daerah Sepang, selamat datang Petaling Perdana. Hanya sempat menabur bakti di daerah Sepang selama lebih kurang 8 bulan sahaja, tiba² mendapat arahan pertukaran disebabkan redeployment (penempatan semula)


Hmm. Dah hujung² tahun pun nak buat penempatan semula. Pelik. Kenapa bukan pertengahan tahun atau selepas tamat sesi 2011 ni? Ermm..Mereka² yang di atas mungkin lagi arif sebab mereka golongan bijak pandai. Saya mengajar Matematik Tibgkatan 5, tak ke kesian kat pelajar² tu tiba² 'hilang' cikgu Matematiknya? Memanglah bukan saya seorang cikgu Matematik di situ, tetapi dah dekat setahun kelas itu di bawah bimbingan saya, saya tahu apa yang mereka boleh buat, apa yang mereka kurang mampu buat.

Tiba² perancangan saya untuk membantu anak² ini terbantut dek arahan tu. Apa²pun Tuhan yang Maha Mengetahui kan? Itu dah tertulis dalam perjalanan hidup saya. ( wah..ayat macam cikgu BM lah pulak)

Good luck kepada 5 Arif (Matematik) dalam SPM 2011 nanti! Begitu juga 4 Arif (Add Maths), 1Bestari(Matematik) dan juga 1Kreatif(Matematik) yang memang cukup kreatif tu. Tak lupa kepada kepada semua pelajar SMKDABB dan juga tenaga² pengajarnya!

Dalam kelas terakhir bersama 5 Arif tadi, beberapa kamera dah menunggu..hehe. Nak ambil gambar bersama guru kelas kesayangan la tu..opss!

Sang Adam 5 Arif

Sang Hawa 5 Arif (cikgu tengok kamera yang mana satu tu????


SAYONARA.............Ada rezeki bertemu kembali. ;)

0 comment... add one now