3 kali berturut-turut menang contest #ww

Alhamdulillah, walaupun tak menang kereta mahupun banglo sebiji, seronok jugak bila gambar² yang dipertaruhkan menang 3 kali berturut-turut dalam wordless wednesday contest yang dianjurkan eyriqazz dan juga sponsor²nya. ;)

Lagi seronok bila 2 kali berturut-turut kami suami isteri menang contest eyriqazz tu. Untuk wordless wednesday contest #1, gambar² yang dipertaruhkan kami ialah ;


mama Darwisy pula mempertaruhkan gambar


Untuk wordless wednesday contest #3 pula, kami berdua menang lagi, dengan gambar²


http://mrsfiza212.blogspot.com/2011/07/wordless-wednesday-aduh-sakitnya-perut.html


Dan keputusan yang baru dapat tadi untuk wordless wednesday contest #2, walaupun kami berdua jadi finalist, hanya saya seorang je yang menang..hehe. Takpe, tiada rezeki suami isteri kali ni.


Gambar di atas dapat tempat pertama. Terima kasih bro jejai kerana memilih gambar tu sebagai pemenang tempat pertama.

Gambar dari mama Darwisy pula, Darwisy yang sedang putus cinta..ehehe


Jangan frust ye Darwisy walaupun gambar ni tak menang. hehe

Jadi jumlah keseluruhannya yang kami berdua dapat dari contest ni adalah wang tunai sebanyak RM40 + 1 gb pendrive. Alhamdulillah, siapa yang nak bagi senang² macam tu kan?

Terima kasih eyriqazz, lain kali buatlah lagi ye..;p

Kesimpulannya, sekeping gambar tu boleh menceriakan hidup anda, juga boleh meruntun jiwa anda.Kerana sekeping gambar membawa seribu gambar..Chewahhh.

Dan harus diingat pepatah jawa ini ;

' buying a canon DSLR doesn't make you a photographer. It makes you a canon DSLR owner'

Tak semestinya nak pakai DSLR untuk ambil gambar menarik kan?


Nota Ringkas : Lima dari enam gambar di atas menggunakan Darwisy sebagai modelnya..;)

0 comment... add one now