yarks!! Sanggup makan dan minum di tandas sekolah

Terlebih dahulu, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 1432H kepada umat Islam seluruh dunia.


Sekolah saya memohon cuti berganti pada 1 Ramadhan 1432H, menggantikan hari Larian 1Murid 1Sukan 1Sekolah hari tu. Alhamdulillah PPD telah meluluskan permohonan tersebut.

Berbalik kepada tajuk, teringat dulu cerita masa saya masih belajar di sekolah menengah. Ada pelajar² yang sanggup minum air kotak dan makan di dalam tandas yang baunya sangat meloyakan. Nak buang hajat pun takde selera, ni diorang pulak sanggup makan dan minum dalam tu, alahai. Minuman dan makanan dikirimkan kepada pelajar² cina.

Itu kenangan lama. Jumaat lepas di sekolah saya mengajar sekarang ni, semua pintu utama nak masuk ke tandas(bukan pintu tandas) pelajar telah ditanggalkan untuk mengelakkan pelajar² cuba menghisap asap durjana yang tak berfaedah di bulan puasa ni. Cukuplah bulan² sebelum ni cikgu² menangkap mereka menghisap rokok dengan beraninya di tandas. Kali ni, pintu luar tandas ditanggalkan untuk menyenangkan kami guru² memantau dari luar, tak payah masuk ke dalam tandas.

Sampai tahap itu sekali kami terpaksa buat. Nak pasang CCTV mahal sangat, lepas tu takut dirosakkan pula.

Buat pengetahuan, sekolah tempat saya mengajar sekarang, warganya semuanya adalah beragama Islam, alhamdulillah. Tetapi secara jujurnya, saya rasa pelajar² di sekolah lama saya di Klang, adalah lebih mudah dikawal walaupun terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Sabah dll. Apa²pun itu semua adalah cabaran bagi kami, guru² di sini.

Nota Ringkas : Hari ini dah beli baju raya, bukan tak sabar nak raya tetapi sebab dah alang² cuti, ambil kesempatanlah nak shopping semasa kebanyakan orang lain bekerja.

0 comment... add one now