Jangan Guna Perkataan Jakun dalam Blog?

Janganlah menggunakan perkataan "JAKUN" dalam entry blog anda. Tak sesuai.

nanti jadi macam kes Linda Onn pula...

Ini adalah salah satu komen dalam entri 'Terkejut Bila Siti Nurhaliza Masuk Kelas Saya'. Cuba cari di internet kes Linda Onn dan jakun tu tak jumpa la pulak.

Bila mendapat komen itu terkedu jugak saya. Maklumlah saya bukannya guru Bahasa Melayu, mungkin betul apa yang pengomen tu bagitau. Saya pun cuba membuat carian di internet maksud jakun, risau tafsiran saya mengenai perkataan jakun ni salah. Dan apa yang ada di Wikipedia begini ;

Another meaning for the word Jakun in the classic Malay is a derogatory term for a person who doesn't know something common

Selepas beberapa lama, terdetik pulak hati nak cari maksud perkataan Jakun dalam Kamus Dewan Bahasa, dan ini jawapannya ;


Jadi betullah tafsiran saya mengenai perkataan jakun. Memang jakun la kan kalau Siti Nurhaliza Masuk Kelas Saya, pastu belajar Matematik pulak. hehe.

Tapi memang betul, sebagai seorang blogger, kita kena elakkan daripada menggunakan perkataan sensitif kan? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip entri kalau dah publish..emmm.....


Nota Ringkas : Sukun goreng sedap jugak kan?

0 comment... add one now