Kalaulah Ramli dalam Iklan TM Manchester tu ada..

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, skuad Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Jepun tadi. Pada separuh masa pertama langsung tidak melawan team Malaysia, nasib baiklah separuh masa kedua Malaysia menunjukkan kebangkitan, dapatlah jugak masuk ke kawasan penalti Jepun tu walaupun hanya beberapa kali. ;). Dan syabas buat apek @ Khairul Fahmi atas prestasi cemerlang tadi. Muka dahla lebih kurang pemain Jepun je..hehe.

Rata² peminat kecewa dengan keputusan itu, walaupun pada awal-awalnya sudah dijangkakan bukan mudah untuk harimau² kita tu nak melawan samurai² dari Jepun, silap haribulan kena sembelih. Apa²pun bola sepak Malaysia nampaknya sudah ada peningkatan. Harap² terus meningkat, bukannya prestasi sebegitu SINGKAT.

Bilalah si Ramli dalam iklan TM Manchester United ni nak muncul betul² ye? Kalaulah wujud, mungkinkah Jepun tadi mampu ditewaskan???

Untungnya si Ramli ni, dapat ke Old Trafford dan berlakon dalam iklan TM Manchester United bersama Nani, Hernandez, Anderson dan Sir Bobby. ;)


Nota Ringkas
: Darwisy dah pandai ajak main bola. Nangis² suruh teman dia sepak bola. ;)

0 comment... add one now