Alhamdulillah, digagahi jugak jari jemari ini menari-nari di atas papan kekunci laptop hitam ni (chewah...)
Fuh. Bukan tak update sebab raya sakan, tapi kekangan masa. Digagahi jugak tangan dan mata ni untuk menaip. Dah lama tak update tiba² cerita pasal TV pulak kan?
Keesokan selepas sampai dari kampung setelah 13 jam di atas jalan raya, TV kat rumah pulak buat hal. Tiba² je skrin jadi putih, padahal sebelum tu elok je Darwisy tengok kartun. Gelabah jugaklah memikirkan warranty dah habis disebabkan usia LCD Phillips tu dah 3 tahun lebih.
Cari dekat internet dengan menggunakan keywords kedai baiki TV di area/sekitar Putrajaya/Bangi/Kajang dan juga keywords yang sewaktu dengannya tak jumpa² jugak. Dipendekkan cerita, jumpa juga 4 tempat yang boleh repair TV.
EDIT :
Berikut adalah senarai mereka² yang membuat SERVIS BAIKI TV di sekitar bangi, Kajang dan Putrajaya. (untuk IKLAN BERBAYAR hubungi saya 010 325 8113)
-----------------------
-----------------------
-----------------------
Masa saya repair dulu barang yang rosak seperti dalam gambar.
Besar tapak tangan je video board ni. TV sekarang kalau rosak kena tukar seketul terus macam ni, bukan macam TV lama yang part² kecik masih boleh diganti. Makin canggih makin mahal kos baiki..hehe
Assalam...nak tanya repair tv dy boleh dtv kat rumah ke amik tv tu bwk pg.kedai dye? Ke kite yg kene bwk sndiri
ReplyDeletenak tnya nak oder mainboard toshiba power tv 32 model 32hv10e.. ada sapa2 boleh tolong urgent.....
ReplyDeletenak tnya nak oder mainboard toshiba power tv 32 model 32hv10e.. ada sapa2 boleh tolong urgent.....
ReplyDeleteada lagi, semenyih, http://www.circuit-one.com
ReplyDeletekalau tv yang tiba-tiba mati .. apakah kerusakan yang terjadi chik gu????
ReplyDeletePost a Comment