Jadi Cikgu ni Mudah-Episod : Penjaga Kolam

Entri ini bukannya rungutan, tetapi nak memberi gambaran yang jelas hakikat kerja seorang cikgu yang dikatakan cuti banyak, balik awal dan kerjanya senang.

Selepas membaca komen panjang lebar pekerja gomen gred 45 yang ikhlas di blog cikgu Dahlia, rasa ingin terus berkongsi realiti kerjaya seorang cikgu yang bukan setakat mengajar dan balik awal sahaja sebagaimana kebanyakan orang nampak. Sebelum ini dah ada beberapa entri yang berkaitan. Boleh klik di sini kalau nak baca dan mendalami lebih lanjut tugas² seorang guru.

Episod kali ini mengisahkan cikgu ditugaskan menjaga kolam ikan. Lihatlah cikgu di bawah ini. Segak berbaju batik tapi sanggup meredah becak untuk bagi makan ikan keli peliharaan sekolah.

Sungguh enak menusuk kalbu bau air kolam ikan keli ni..hehe


Di sekolah lama dulu di Klang, pengetua siap marah cikgu yang ditugaskan menjaga kolam, akibat keadaan kolam yang sedikit kotor. Alahai, tak payah mengajar lah cikgu. Jaga kolam sudah. ;)

Pernah jugak saya tengok kaunselor sekolah di sekolah lama saya menyingsing lengan baju dan seluar untuk menampal kolam ikan yang mengalami sedikit kebocoran.

Sungguh mudah kan?

0 comment... add one now