Bajuku Sama Dengan Baju Artis

Hehe..Kalau sama pakai baju yang mahal takpelah jugak. Tapi ni sama je dengan baju yang saya beli dekat SOGO dengan 70% diskaun. Jenama Diesel, selepas diskaun tinggal RM17. Jom kita tengok baju manakah itu..hehe


Dan siapakah artis itu?????? Cer teka....cer teka..Sempat tangkap gambar artis tu masa dia muncul dalam TV.




cuba teka siapa??

Teringat dulu pernah jumpa Naza, bekas gitaris kumpulan OAG dan sekarang beliau adalah vokalis kumpulan The Times dekat Pasar Malam Tok Bali,Pasir Puteh, Kelantan. Beliau tengah membelek-belek baju di salah satu bundle di situ dan membeli baju bundle yang harganya RM20 kalau tak silaplah.

Pastu sempat saya sempat salam dengan Naza dan tanya nak buat apa dengan baju tu. Dijawabnya nak pakai masa anugerah apa entah, dah lupa sebab berlaku 3 tahun lepas. Fuh, baju bundle je pergi anugerah??

Nota Ringkas : Saya suka beli baju branded tapi yang selepas sale. Kadang² dapat dengan harga RM10 sahaja. Pakai 2,3 tahun pun elok lagi..

0 comment... add one now