My Happiest Moment

Momen. Ada momen yang kita suka, ada juga momen yang menyebabkan kita berduka.

Kalau dulu-dulu, momen sama ada suka atau duka hanya diabadikan di dalam satu bahagian istimewa di otak kita. Seiring dengan perkembangan teknologi, dengan adanya kamera, semua itu kita boleh abadikan.


Kehadiran anak sulung kami, Wan Aniq Darwisy adalah momen paling istimewa dan paling menggembirakan dalam hidup saya. Darwisy melengkapkan lagi kehidupan kami sebagai suami isteri.


Pabila Darwisy dah besar, macam² kerenah dan kerenah yang melucukan timbul. Walaupun sering dibuli macam di bawah ni, ia adalah antara momen² berharga bersama anak kan?

Buli papa ye?

Kini Darwisy dah berusia 2 tahun sebulan . Banyak momen² yang sangat menggembirakan bila melihat perkembangan anak. Dengan adanya kamera , saya boleh merakam dan mengabadikan aksi² happy moment seperti di bawah ni. Tengoklah Darwisy yang seronok tu. Momen ini sangatlah tidak ternilai. Inilah 'my happiest moment' dengan Darwisy. Gambar diambil di Colmar Tropicale,Bukit Tinggi.

My Happiest Moment

0 comment... add one now