Pengalaman Menggerunkan Dibawa Naik Kereta Polis!

Hari ini dalam sejarah. Saya dibawa menaiki kereta polis.

Inilah kereta polis yang dimaksudkan itu

Ceritanya begini, tengah saya lepak² goyang kaki dalam bilik gerakan (kenapa saya goyang kaki di hujung tahun?) saya mendapat panggilan telefon daripada pengetua, katanya polis sedang menunggu saya. Beliau sendiri pun sudah berada dalam kereta polis bersama seorang lagi kerani. Terus saya bergegas ke menuju ke guard house tempat kereta polis tu menunggu.

Kami dibawa oleh 2 orang polis itu ke bandar Kinrara menuju ke maybank. Polis² tersebut menunggu di luar dan kami masuk ke dalam dan terus ke atas. Sampai saja di atas pengetua mengeluarkan cek dan menyerahkannya kepada pekerja Maybank tersebut.

Sebenarnya polis itu mengiringi kami untuk menunaikan cek untuk Bantuan 100 ringgit kepada pelajar²..hehe..

Selepas selesai urusan tunaikan cek tersebut kami dibawa ke Sekolah Rendah yang berhampiran kerana ada majlis penyampaian rasmi bantuan 100 ringgit kepada pelajar² tersebut. Sekolah rendah dipilih oleh kerana peperiksaan SPM sedang berlangsung di sekolah menengah.

pegawai dari PPD je yang ada, YB ada kat sekolah lain

Sebanyak RM4800 berjaya diagihkan dalam majlis rasmi itu. Selebihnya Jumaat ni, lebih daripada RM100,000 akan diberi lagi kepada pelajar² lain. Siapa nak pegang duit sebanyak tu????


Apa yang menggerunkan?

Adrenalin saya sedikit memuncak bila naik kereta polis ni. Dibawanya secara agresif siap ada cilok ke kiri tanpa signal tiba². Masa dalam tu saya masih tak dapat jawapan rasional kenapa polis tak pelu pakai seatbelt lagi² dengan corak pemanduan seperti Michael Schumacher.

Dan saya juga hairan mengapa absorber kereta polis ni teruk benar bunyinya. Kata en polis tu 'maaf ye absorber ni rosak' . ;)

Apa²pun kami berterima kasih kepada polis berdua tu sebab membantu kami hari ni. Bolehla saya merasa naik kereta polis (jakunnya) ;p

Nota Ringkas : 1.Pernah saya hon kereta polis yang makan jalan semasa membelok.
2. Menurut kajian baru² ni, kerjaya polis didapati paling stress. Jadi jangan selalu nak maki polis. ;)

0 comment... add one now