Pertama Kali Dalam Sejarah, Hujung Tahun Goyang Kaki Sahaja di Sekolah

Bermula 23 Ogos 2011, selepas menerima arahan pertukaran dari JPS, saya melaporkan diri di sekolah baru, majoritinya pelajar Cina. Kebetulan PK Kokurikulum bercuti lama akibat kemalangan, saya ditugaskan menggantikan kelas beliau, 1 kelas Tingkatan 4 S1 (paling pandai) dan satu kelas Tingkatan 5 paling hujung, yang mana diorang selamba je main PS2 dan handset di dalam kelas. Cikgu takleh nak buat apa² sebab pentadbir pun tak nak buat apa².

Sekolah baru ni hebat, kehadiran pelajar tingkatan 5 selepas peperiksaan percubaan hanyalah dalam 20 peratus sahaja, tetapi bila keluar result SPM nanti, berpuluh² orang dapat 10A dan 11A. Cikgu² tingkatan 5 goyang kaki sahaja selepas peperiksaan percubaan, tak payah buat kelas tambahan bagai.

Kalau diikutkan, hujung tahun ni lah waktu yang paling sibuk lagi² bagi cikgu² seluruh Malaysia lagi² kalau ada macam² jawatan. Antara jawatan² lama yang ditinggalkan di sekolah sebelum ni ;

Guru kelas Ting 5
Mesti bertungkus lumus membuat kelas tambahan menghadapi peperiksaan. Semak register bagi sempurna dan macam² kerja pengurusan kelas yang lain.


Ketua Panitia Matematik Tambahan

Hujung² tahun ni kalau diikutkan fail² perlu disemak, begitu juga stok, pelan taktikal la, pelan strategik dan macam² plan lagi sepatutnya dibuat.


Guru penasihat bola sepak

Masukkan markah setiap ahli, buat sijil dan buat laporan aktiviti/pencapaian sepanjang tahun.

Tapi di sini, tugas saya di hujung² persekolahan ni hanyalah memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun tingkatan empat.

Buat makluman, saya ditukarkan ke daerah Petaling Perdana atas alasan daerah Sepang berlebihan guru SC dan Matematik. Bila datang ke sekolah baru, rupanya² di sini pun berlebihan guru Sc dan Matematik. JPS buat kerja macam mana? Sedangkan sekolah lama memerlukan guru Kimia dan Matematik Tambahan tahun depan.

Emel dari bekas Guru Kanan Sc Maths di sekolah lama, berharap saya dapat balik ke sana.

Saya ada minta pertukaran semula ke sekolah lama, tetapi tetap gagal walaupun pengetua sendiri yang ke PPD bagi nama saya supaya ditarik balik ke Sepang. Alasan mereka tetap sama, guru SC Matematik berlebihan. Mungkin tiada rezeki di Sepang barangkali. ;)

Oh..Hadapi dengan senyuman sajalah bak lagu Dewa yang dinyayikan balik oleh cikgu naman ni..ehhe.


Dewa - Hadapi Dengan Senyuman

[Verse 1:]

G Em
HADAPI DENGAN SENYUMAN
Am
SEMUA YANG TERJADI
D
BIAR TERJADI….
Bm Em
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
Am D
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA
G Em
BILA KETETAPAN TUHAN
Am
SUDAH DITETAPKAN
D
TETAPLAH SUDAH….
Bm Em
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
Am D
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

* C Am
RELAKANLAH SAJA INI
Bm D
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
C Am
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
Bm D
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

[Verse 2:]

C Am
HADAPI DENGAN SENYUMAN
F
SEMUA YANG TERJADI
G
BIAR TERJADI….
Em Am
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
Dm G
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA
C Am
BILA KETETAPAN TUHAN
F
SUDAH DITETAPKAN
G
TETAPLAH SUDAH….
Em Am
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
Dm G
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

** F Dm
RELAKANLAH SAJA INI
Em G
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
F Dm
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
Em G
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

0 comment... add one now