Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Cikgu naman,
http://naman0807.blogspot.com/
134.149.92.26
________________________________________________________________________________

Beta.my dan mynewshub,
http://beta.my/ & http://mynewshub.my/
175.139.92.28                                                                                                 18 NOVEMBER 2011

Tuan

Per ; Memohon Smartphone Samsung Galaxy S II

Saya seperti nama dan alamat blog di atas dengan sukacitanya dan penuh harapan ingin memohon Smartphone Samsung Galaxy S II dengan sebab ;

1. Saya sekarang ni menggunakan Nokia N79 yang akan berusia 3 tahun bulan 12 ni..hehe. Jadi faham²lah, dah 3 tahun macam mana performance N79 saya tu.

Di sekolah saya ada Wifi. Kadang² kalau ada sedikit masa luang selepas mengajar sebelum membuat kerja² lain, saya membuka sekejap internet menggunakan N79 saya tu. Memang saya tak bawa laptop ke sekolah kecuali betul² hendak menggunakannya disebabkan oleh ;

a) malas nak usung ke sini ke mari,rasa tak selamat kalau tinggal atas meja guru

b) naik motor je ke sekolah..hehe

Masalahnya bila menggunakan N79, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang tak sampai 2 inci je tu. Macam mana saya nak baca 2 portal yang best kat bawah ni?




Sangat menyukarkan saya untuk membaca berita² terkini di mynewshub dan juga membaca mengenai gadjet² terkini dan ilmu IT di beta.my. Sudah tentu dengan adanya Samsung Galaxy S II yang paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC, saya akan dapat membaca kedua² portal tersebut dan juga web yang lain dengan lebih cun. Tambahan pula skrin Samsung Galaxy S II adalah 4.3" SUPER AMOLED Plus..Fuhhhh.. Nak update blog pun boleh kat mana² je, jangan update dalam jamban sudah..hehe.

2. Salah satu minat saya adalah mengambil gambar dan saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu kemana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang² banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi N79 jugaklah jadi penyelamat. Contohnya petang tadi, saya bawa Darwisy ke taman sambil menunggu untuk mengambil isteri. Sempat mengambil gambar Darwisy dengan N79. Dan hasilnya ;



Saya sudah menggunakan flash tapi gambarnya masih malap dan detailnya kurang. Sudah tentu gambar di atas akan jauh lebih cantik dengan ciri² kamera Samsung Galaxy S II ini yang mempunyai LED Flash dan 8 MP autofokus yang dapat merakam setiap detail gambar sama ada objek statik atau bergerak.

Manakala penukaran kepada kamera front-facing 2 MP sangat pantas, sangat sesuai untuk Darwisy dan mamanya mengambil gambar sendiri..hihi

Kalau ada rezeki dapat, Darwisy tak payah susah² macam ni dah nak ambil self potrait ;)

Tambahan pula, dengan Samsung Galaxy S II saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan aplication picture editor kemudian boleh share terus di FB atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.

3. Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video N79 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Saya sempat merakam satu video khas untuk giveaway ini bertajuk Smartphone Seperti Kamu menggunakan kamera kompak. Mynewshub dan beta.my sila tengok sampai habis ye. ;)

Untuk lirik sila rujuk lampiran A

Oh..Alangkah bagusnya kalau video ini menggunakan Samsung Galaxy S II yang mempunyai ciri 1080p Full HD Recording, ditambah pula dengan paparan 4.3” SUPER AMOLED Plus. Pasti suara saya tak sesumbang ini..keh keh keh.

4. Birthday wife saya dah dekat, kalau dapat Samsung Galaxy S II ni, bolehla saya hadiahkan kat beliau. ;). Jadi wang yang nak diperuntukkan untuk membeli hadiah boleh dilaburkan di Tabung Haji, sedekah atau belanja kawan². ;). Untuk saya pulak, kena carilah contest² lain pulak yang tawarkan mana² smartphone, lagi best kalau hadiahnya Samsung Galaxy S II..;)

5. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan. Segala pertimbangan dari pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

-----------

( CIKGU NAMAN )

Ini adalah cetakan berkomputer,
tandatangan tidak diperlukan.
Tapi Samsung Galaxy S II sangat²
diperlukan


LAMPIRAN A

Lirik dan kod gitar lagu Smartphone Seperti Kamu

G
Memang tak ada smartphone seperti kamu
G C D G
Tapi yang lebih hebat banyak
G
Memang tak ada smartphone secanggih kamu
G C D G
Tapi yang lebih canggih banyak

Verse 2:

C D
Maka tak perlu ku susah hati
Bm E
Ada yang baik nak bagi ku free
Am D
Untuk ku jadikan smartphone peribadi

Verse 3:

G
Memang tak ada smartphone senipis kamu
G C D G
Tapi yang lebih nipis banyak
G
Memang tak ada smartphone seringan kamu
G C D G
Tapi yang lebih ringan banyak

Verse 4:

C D
Maka tak perlu ku keluarkan simpanan
Bm E
Untuk beli Samsung Galaxy S II
Am D
Kerana ada yang murah hati

Chorus 1:

G Bm C D
Oo beta dot mynewshub tolonglah beriku smartphone
G
Nak ku beli tak mampu
Bm
Ku harap pada kamu
C
Ku yakin pasti dapat
D
Kalau itu rezeku

Chorus 2:

G Bm C D
Oo beta dot mynewshub tolonglah beriku samsung
G
Ku tahu kamu baik
Bm
Ku tahu kamu kacak
C
Ku belum rasa lagi
D
Canggihnya smartphone itu

Verse 5:

C Am
Ceritanya aku ingin guna smartphone
C D
Makanya dari itu haraplah ku menang
C D
Kerna aku memang sangat nak menang!!
*Repeat Chorus 1 and 2 (X2)

LAMPIRAN B

Smartphone belum masuk koleksi lagi. Nak merasa jugak. ;)

LAMPIRAN C

pesanan Darwisy




Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

2 comments.. read them below or add one

Iza Teratak Usang Iza Teratak Usang 19 November, 2011
Assalam..
Kreatif..moga berjaya
gym_midas gym_midas 20 November, 2011
mohon share ke page fb samsung galaxy sII (malaysia) ye.....