DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Cikgu naman,
http://naman0807.blogspot.com/
134.149.92.26
________________________________________________________________________________

Nuffnang dan Digi,
http://nuffnang.com.my/ & http://www.digi.com.my/
175.139.92.28                                                                                                 28 DISEMBER 2011

Tuan/Puan/Cik

Per ; Memohon Sebuah Iphone 4S Yang Sungguh Awesome!

Saya seperti nama dan alamat blog di atas dengan sukacitanya dan penuh harapan ingin memohon sebuah Iphone 4S dengan sebab ;

1. Saya sekarang ni menggunakan Nokia E72 yang asalnya milik isteri. Ini kerana beliau telah saya hadiahkan Samsung Galaxy SII yang saya menang baru² ini.

Bila saya tengok betapa seronoknya beliau menggunakan pelbagai application yang ada dalam android tu, saya sangat teringin untuk mendapatkan sebuah smartphone juga, tetapi tak sanggup beli sebab kedekut terlalu mahal bagi saya..hehe ;)

Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan Iphone 4S yang awesome tu kan?

Bila masuk blogger.com je automatik internet akan off..so sad ;(

Alangkah seronoknya jika handphone di atas ditukar kepada yang dibawah ni ;)


2. Saya sedang bercadang untuk mengambil mana² plan data, yang sudah semestinya daripada DIGI, yang menawarkan The Most Affordable Plan dengan 3 jenis plan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138, dan iDiGi 238 . Tapi malangnya, saya hanya ada Nokia E72, saya rasa tak berbaloi sekiranya Nokia E72 itu dipadankan dengan plan data daripada Digi tu. Yang paling sesuai tentulah Iphone 4S kan? Nak membelinya agak mahal, tapi kalau dapat free, secepat mungkin saya akan apply iDiGi 88 yang sangat sesuai dengan penggunaan saya.

Yang paling penting gabungan Apple dan DIGI so perfect, just like love♥♥!!!



3. Salah satu minat saya adalah mengambil gambar dan saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu kemana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang² banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Contohnya gambar² Darwisy di bawah ini saya rakam menggunakan Nokia.



Saya sudah menggunakan flash tapi gambarnya masih malap dan detailnya kurang. Sudah tentu gambar di atas akan jauh lebih cantik dengan ciri² kamera dalam Iphone 4S yang sudah diperbaharui daripada Iphone 4 yang sebelumnya. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri Iphone4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya, wow!!. Lagi² dengan ciri² Face Detection itu, so perfect for taking great photos!! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana²!

Darwisy yang suka bergambar tu mesti seronok kalau ambil gambar pakai Iphone 4S ;)

Tambahan pula, dengan Iphone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.

4. Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Saya sempat merakam satu video khas , bertajuk Smartphone Seperti Iphone 4S menggunakan kamera kompak.


Diubah daripada lagu Lelaki Seperti Aku oleh Alif Satar

Untuk lirik sila rujuk lampiran A

Oh..Alangkah bagusnya kalau saya dapat merakam video ini dengan versi HD , mesti tak sesumbang di atas. ;). Kualiti rakaman sudah semestinya jauh lebih baik sekiranya saya merekodkan video menggunakan Iphone 4S. Kalaulah dapat Iphone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata-kata sudah pasti!

5. Jadi, berdasarkan alasan² di atas ( sebenarnya banyak lagi, tapi nanti jadi terlebih panjang pulak surat saya ni),DiGi iPhone 4SURE 4 ME, kerana saya betul² memerlukannya. ;). Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan oleh pihak tuan/puan/cik. Segala pertimbangan dari pihak tuan/puan/cik didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

-----------

( CIKGU NAMAN )

Ini adalah cetakan berkomputer,
tandatangan tidak diperlukan.
Tapi Iphone 4S sangat²
diperlukan


LAMPIRAN A

Lirik dan kod gitar lagu Smartphone Seperti Iphone 4S
G
Memang tak ada smartphone sehebat Iphone
G C D G
yang lebih hebat Iphone 4s
G
Memang tak ada smartphone secanggih Iphone
G C D G
yang lebih canggih Iphone 4s

Verse 2:

C D
Maka tak perlu ku susah hati
Bm E
Nuffnang dan Digi nak bagi ku free
Am D
Untuk ku jadikan smartphone peribadi

Verse 3:

G
Memang tak ada smartphone selasak Iphone
G C D G
yang lebih lasak Iphone 4S
G
Memang tak ada smartphone sesexy Iphone
G C D G
yang lebih sexy iphone 4S

Verse 4:

C D
Maka tak perlu ku habiskan beribu
Bm E
Untuk dapatkan Iphone 4S itu
Am D
Kerana ada yang murah hati

Chorus 1:

G Bm C D
Oh Nuffnang dan digi tolonglahku , aku nak Iphone
G
Nak ku beli tak mampu
Bm
Ku harap pada kamu
C
Ku sangat-sangat suka
D
Ciri Iphone 4S itu

Chorus 2:

G Bm C D
Oh Nuffnang dan digi tolonglahku , aku nak Iphone
G
Ku tahu Digi baik
Bm
Nuffang juga begitu
C
Apa salahnya kamu
D
Beriku Iphone itu


Verse 5:

C Am
Ceritanya aku inginkan iphone
C D
Semestinya ia Iphone 4s
C D
And of course DiGi iPhone 4SURE 4 ME
*Repeat Chorus 1 and 2 (X2)

LAMPIRAN B

pesanan Darwisy

LAMPIRAN C



0 comment... add one now