Biodata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ( Sebaya Rupanya )

on Friday, December 16, 2011

Alhamdulillah, 2 hari yang lepas, di surau kediaman kami, Surau Istiqomah Apartment 18R8 berlangsung dengan jayanya ceramah yang bertajuk 'Hijrahkah Kita'. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, yang popular dengan segmen 30 Minit Ustaz Don yang keudara di TV Alhijrah setiap Isnin-Rabu, Jam 10.30mlm (Ulangan setiap Jumaat-Ahad, 4.00ptg)

Jom support contest melayu boleh

Dengan penyampaian yang sempoi menggunakan loghat utaranya, penyampaian secara mudah dan jelas, menjadikan pendengar² begitu kusyuk dalam memahami setiap apa yang cuba disampaikannya.

Malam itu satu rekod bagi surau ni apabila mencatatkan bilangan jemaah paling ramai. Alhamdulillah, tidak kisahla walaupun keramaian ini hanya disebabkan kepopularan Ustaz Don, kerana beliau sendiri menceritakan berpandukan hadis bahawa ;

''Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu sebegini, walaupun beliau sekadar hendak menunjukkan baju baru atau hanya tidur, beliau tetap mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah S.W.T''

Biasanya selipar hanya memenuhi 2 baris anak tangga di bahagian lelaki.

Kat bawah ni sedikit info mengenai Ustaz Don yang saya petik dari sini

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang..dimaklumkan oleh pengerusi surau malam tu, ustaz Don dah bertunang ;)

Terkejut juga bila malam tu mendapat tahu Ustaz Don baru berusia 27 tahun. Ustaz muda yang karismanya begitu tinggi. Tengok sajalah populariti rancangan 30 Minit Ustaz Don. Ingatkan umur beliau dah menjangkau 30an.

Macam Amy Search la pulak Ustaz..hehe

InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti akan diupload gambar² dan video malam tu. Semuanya ada dekat orang lain.

P/S : 1.Kalau Aaron Aziz yang datang agak² muat tak surau tu? ;p

2. Kalau jemput Ustaz Don bagi ceramah kat pelajar² SMKDABB, Bangi ni bagus jugak. eQurban nak taja lagi tak selepas program Muadz Zulkefly haritu? ;)

Nak menangi cash, gajet² menarik seperti Ipad, laptop, atau Iphone? Peluangnya ada di bawah. Sila klik gambar di bawah ni. Mana tahu ada rezeki anda.

Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved