Samsung Galaxy S II Hadiah Harijadi Isteri

Alhamdulillah, ngam² 2/12 di hari jadi mama Darwisy, hadiah contest yang dimenangi melalui entri Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab...selamat sampai di Pejabat Pos KL. Nasib baik kakak kerja kat situ, jadi bolehla ambil cepat. Kalau nak tunggu sampai di Putrajaya makan masa juga lah, dan paling penting bimbang akan keselamatan SGSII tu..maklumlah barang berharga kan?


Terima kasih kepada beta.my dan mynewshub sebab menganjurkan Giveaway yang sangat best ini dan memilih entri saya sebagai pemenang. Nanti buat lagi ye GA dengan hadiah yang lagi hebat ;)

2 hari lepas kami ke The Mines mencari cover SGSII tu dan screen protector. Jadi rupa SGSll tu sekarang macam ni ;

hehe...pinky gitu..sebab dah menjadi milik mama Darwisy

Masih lagi cuba menggodek² segala function yang ada, maklumlah baru merasa pakai smartphone, sebelum ni N79 je..hehe. Saya dah cuba ambil gambar menggunakan SG SII ni, memang sangat menarik. Warnanya sangat pekat dan imejnya juga tajam kecuali di tempat cahaya kurang. Lebih menarik, kita boleh mengawal ISO!

warna yang pekat

imej yang tajam

Kini harap² adalah rezeki untuk merasa Blackberry Bold 9900 pula melalui gadjet impian Denaihati. Jadi bantulah saya dengan like, tweet atau +1 di entri gadjet impian itu.. ;)

NOTA RINGKAS : Setuju dengan Denaihati, Hidupkan Untuk Memberi.. ;)

0 comment... add one now