Antara Berbelas Ribu Yang Datang, naman Ada Kelebihan

on Tuesday, February 22, 2011

Walaupun saya sibuk + malas update sejak kebelakangan ni, saya suka lihat keywords yang mengena kat blog ini. Kerana kadang², 100-200++ UV datang daripada keywords. Dan sejak Mei 2010 – Februari 2011, hasil keywords adalah ;

kalaulah boleh ditukar dengan $$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Dan sesetengah keywords yang ada sangatlah melucukan , tapi paling tak tahan adalah keywords di bawah ini..hehe


Mungkinkah hamba Allah ni sedang mencari kelebihan buah nam nam kah?

Nota Ringkas : Entri ringkas sebelum sambung buat soalan Ujian Bulanan 1.

P/s : Nak kami buatkan header ringkas? Sila klik header di bawah.


Semua MLM haram, hisap rokok halal?

on Friday, February 18, 2011

Ada seorang hamba Allah, si A ini adalah perokok tegar. Ada pula kawannya si B, peniaga MLM yang disahkan halal oleh pihak berwajib, dan mempunyai 9 panel syariah yang memantau. Syarikat tu menjual produk² herba yang antaranya dah terbukti banyak memulihkan masalah ketagihan merokok.

Oleh kerana kasihankan mengenangkan kawannya itu, terbayangkan penyakit² berbahaya yang mungkin hinggap di tubuh si A, ada yang boleh menyebabkan kematian, si B tampil membantu.

B : Assalamualaikum sahabat.
A : Waalaikumussalam. Ada apa. ( sambil menghembuskan asap rokok dalam bentuk bunga ros)
B : Ko tak nak cuba berhenti merokok ke? Bahaya tu.
A : Ala. Sikit² je aku hisap, sekotak sehari je, bukannya 18 kotak sehari.
B : Sekotak sehari, lama² hitam peparu ko.

dipendekkan cerita ( padahal malas + takde idea nak buat dialog panjang² )

B : Ko cubalah produk ni, aku bagi try sekotak.
A : (sambil tengok nama syarikat) Arghhh..MLM..Haram.. Mengkayakan orang atas saja. Aku dah baca blog kawan tu, banyak fakta² pasal semua MLM ni haram. Best baca blog tu walaupun beliau berbahasa kesat.
B : Aku nak suruh cuba produk. Bukan suruh masuk skim piramid ke, MLM ke. Aku kesian kat ko. Aku tak jual pun, nak bagi free.
A : Arghhhhhhhhhh. Haram!!! Ada ayat AlQuran menyebut, haram menindas orang lain untuk dapatkan keuntungan


Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Al-Baqarah ayat 195)

Adakah merokok tu menyihatkan?

Saya kadangkala nak tergelak bila tengok si perokok berbahas hukum halal haram sambil menghisap rokok.

Pathetic ( wah, speaking nampak cikgu )

Nota Ringkas : Maaf kepada kawan² yang merokok. Cerita rekaan spontan semata.

Dendam dan Vandalisma Anak Melayu

on Wednesday, February 16, 2011

Gambar² di bawah memang saya tidak sensorkan kecuali nama, untuk gambaran sebenar.





Risiko menjadi guru disiplin, dicerca oleh murid

Itulah hasil² seni anak² Melayu kita di sekolah Melayu yang baru masuk tahun kedua beroperasi pada tahun ni. Melayu ye, walaupun ada perkataan carut dalam bahasa Cina tu.

Itu adalah bangunan yang baru dibuka tahun ni, sebab tahun lepas pelajar yang masuk tak ramai lagi. Dan pelajar² yang ditempatkan kat situ adalah pelajar² Ting. 1 dan 2.Macam mana nanti bila di tingkatan 4, 5?

struktur macam ni menyenangkan lagi pelajar² membuat kerja² vandalisma kerana tidak dapat dipantau dari jauh

Walaupun begitu, masih ramai yang mengekalkan adab sopan dengan guru. Masih ada yang menuturkan salam dengan muka senyuman seindah suria pagi menerangi sekalian alam ( tiba² bersastera pulak cikgu matematik ni ).

Dan, sudah lama saya tidak lihat pelajaran dimulakan dengan doa. Teringat zaman belajar dulu² lah pulak..hehe. Dalam kelas Matematik Tambahan, pelajar² lelakinya akan bersalam dan cium tangan dengan saya selepas tamatnya mata pelajaran.

Sekolah Melayu, sekolah pelbagai Bangsa ada cabarannya tersendiri kan?

Pelbagai bangsa di sekolah lama

Kesian Kat Orang Lain Nanti, Especially Ibu² Mengandung

on Monday, February 14, 2011

''Jangan pergi kerja lagi. Nanti berjangkit, kesian kat orang nanti, especially ibu² mengandung kalau berjangkit.''

Itu kata² doktor yang pekat berbahasa utagha kat Klinik Kesihatan Presint 3 tadi. Mungkin melihatkan saya sudah berbaju kemeja lengkap seakan nak ke tempat kerja.

Hari ni doktor bagi lagi MC sampai hari Rabu, sungguh lama MC kali ni. sob sob sobri.


Jenuhla nak mengejar silabus yang tertinggal nanti. Kan pergi kerja kan tak pasal² jadi tajuk akhbar.

'Guru disaman kerana menyebabkan 100 orang pelajar dijangkiti konjunktivitis'

Kali ni klinik kesihatan presint 3 bukan lengang seperti dulu lagi. Sudah ramai yang tahu, mungkinkah keywords dari blog saya ni membantu??hehe


Kat bawah ni ada sedikit info mengenai konjunktivitis, sumber dari sini

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)?

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa  telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

* bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
* mata terasa gatal
* menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
* mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh

* debunga ( hay fever)
* bulu haiwan
* habuk
* pengawet dalam ubat mata atau
* pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat

Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.
Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.

Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,

Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.

Bagaimana?

1. Amalan kebersihan adalah penting
2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.

Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.

Dari Kerana Mata..

on Friday, February 11, 2011

Owhh..nampaknya dapat MC untuk pertama kali pada tahun 2011 di sekolah baru. Ini gara² mataku yang sakit ini..Sila pakai spek hitam sekarang..

.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
..
.
..

gigih snap sendiri tengah malam tadi..hehe

Rasanya kali terakhir kena sakit mata ni masa kat sekolah rendah. Punya la lama baru kena balik. Mama Darwisy pulak dah hari ketiga MC ni, dia yang kena dulu. Risau kalau anak teruna kami pulak yang terjangkit sama.

Ubat titik mata berjenama Nicol, sama seperti jenama baju favourite..keh keh keh


Harap² cepatlah lega, taknaklah MC lama². Tak terkejar silabus nanti..Adui.

Jom kita layan lagu klasik ni.; P




Lirik Lagu Dari Kerana Mata - R Azmi, sumber

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Setiap waktu ku cinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujam rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Nombor Plat Gagasan 1Malaysia Untuk Dijual

Ini adalah bisness abang saya, yang juga adalah kembar GTO Nuffnang..hehe

Kat bawah adalah contoh kereta kawan abang yang menggunakan plat Gagasan 1Malaysia.

++SILA KLIK GAMBAR² DI BAWAH UNTUK BESARKAN++



Contoh Geran


Senarai Nombor², yang diwarnakan biru dah ada orang ambik....




Terhad sahaja no ni.Nombor bermula dengan G1M 1 hingga GIM1999,harga mengikut no plat. Yang paling rendah harganya RM2000. Hanya boleh didaftar di wangsa maju dan langkawi sahaja..


Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi terus abang saya, 0194791130 (imiey)

Bila Lorong Kecemasan Menjadi Lorong Paling Laju

on Sunday, February 6, 2011

Salam bersiaran kembali ;p

Orang lain cuti beraya, kita tumpang sekaki. Satu Malaysia la katakan. Hari Sabtu ada kenduri mak cik di Kulim, Kedah. Sempat curi² ambil gambar pengantin yang masih malu² tu..keh keh keh.




Hari ni 8 jam berada di atas lebuhraya Plus, dari Kulim, Kedah ke Putrajaya.Biasanya mengambil 4 jam setengah sahaja. Itupun pukul 8 pagi dah bertolak balik. Mak dan ayah bertolak lambat sedikit kerana ada urusan, akibatnya pukul 9malam belum sampai lagi, kerana kesesakan bertambah teruk.

Semasa tengah jem tu, kereta dipandu dengan kelajuan 20-40 km/j sahaja, walaupun berada di lorong paling kanan. Yang hairannya ramai pemandu² yang hebat selamba memecut di lorong kecemasan, dengan anggaran kelajuan 70-90 km/j. Alahai. Ok, kita bersangka baiklah, agaknya mereka yang memecut di lorong kecemasan tu sakit perut sebab gulai kenduri tak serasi dengan perut. Tak pun terlebih makan limau mandarin, terlebih pelawas. ;p

Antara punca² kesesakan

Saman, dah saman, tak heran. Agak² macam mana lagi nak buat dengan depa ni naa? Ada cadangan?

Nota Ringkas : Selamat menghadapi Monday Blues, setelah lama bercuti.;p

 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved