Ambil Cuti Sebab Kulit Muka Menggelupas?

Gambar terkini..eee

Haaa..tu baru bahagian dahi, tak tunjuk keseluruhan muka lagi. Habis muka menggelupas . Tapi bukan sebab tu saya ambil cuti hari ni..hehe.

Pengasuh Darwisy bercuti, jadi nak tak nak terpaksalah ambil cuti juga jaga Darwisy. Jadi, ini adalah cuti pertama tahun ni. Tahun lepas 2 kali je ambil cuti, tu pun disebabkan jaga Darwisy. Maklumlah cuti rehat ada 7 hari je, lepas tu bukan senang nak lepas, kecuali alasan² yang kukuh.

Berbalik kepada muka yang menggelupas tu, sebab akibatnya adalah bermain bola tampar sehari suntuk pada hari Ahad lepas. Bayangkan pukul 2 petang bermain di bawah terik matahari. Itulah, kenapa tak pakai sunblock?

serve padu dari cikgu naman..hehe

Alhamdulillah, pasukan kami yang diberi nama Milo Beng berjaya ke final tetapi tewas di tangan pasukan Kopi O.

pasukan milo beng

Piala untuk Naib Johan tanda kenang-kenangan

Perlawanan ini dianjurkan oleh komuniti 18R8 dan disertai oleh 10 pasukan dengan format perlawanan secara liga.

Harap esok dah elok lah muka, kalau tak nanti murid² tak boleh fokus, duk tengok muka cikgunya yang pelik tu..hehe.


Nota Ringkas : Dulu aktif bermain volleyball di UKM, kat sana jugaklah baru belajar bermain volleyball dan pernah bermain sekali dengan pemain² Malaysia yang bekerja/belajar di UKM. ;)

0 comment... add one now