Wishlistku..Kau ada?

Bukan wishlist saya ye! ;p

Semalam cuba tengok blog follower² baru, salah satunya adalah blog pelajar sekolah saya, berumur 15 tahun. Bila tengok senarai wishlistnya, fuh..


Tengok senarai yang ditanda, bermaksud sudah berjaya mendapatkannya. Hebat, cikgumu ini pun berapa kali berkira-kira baru dapatkan DSLR, handphone pula dah beberapa tahun tak diganti dengan yang baru, laptop pun tahun ke2 bekerja baru dapat beli..hehe. Dan yang paling penting saya tak pernah memakai shawl..;p


Hebat. Itulah generasi Y. Dan itulah penyebab sesetengah ibu bapa pening kepala. Apa²pun semoga impian nak dapatkan 8A dalam PMR tercapai. ;)

0 comment... add one now