Harap Menjadi Kenyataan Gajet Impian Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, laptop ni berjaya dibaiki setelah tuannya (sayalah tu), pandai² cuba buat system recovery pada hari Jumaat lepas. Cuti panjang haritu memang tak boleh on laptop sebab takde installer, malam semalam baru boleh perbaik laptop ni, tup tup tengok sayalah peserta akhir yang pertama yang dipilih oleh denaihati untuk pusingan terakhir.

Buat yang pertama kali baca blog denaihati (ada ke yang tak tahu?), sila bookmark atau letak di bloglist kerana banyak info-info menarik terutama mengenai teknik blogging dan yang paling menarik adalah tagline beliau ' HIDUPKAN UNTUK MEMBERI '. Bersesuaian dengan tagline itu, blog denaihati selalu buat contest yang amat menarik. Jadi, rajin-rajinlah jenguk ke situ ye. ;)

Dan contest kali ini adalah yang paling mencabar bagi saya, kerana banyak masa diluangkan, wang juga banyak dikeluarkan di sepanjang contest ini berlangsung. Kali ni saya tak anjurkan contest, cuma kalau menang insyaAllah ada giveaway Photobook bernilai RM200++ akan dibuat.

Jadi kalau kawan² sekalian dengan baik hatinya nak tolong saya dapatkan Iphone 4S, bolehla ke entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman dan boleh tolong seikhlas mungkin dengan cara ;

1. Like entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman
2. Tweet entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman
3. +1 entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman
4. Linked in entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman
5. Komenlah banyak² kat entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman, tapi kena lebih 7 perkataan, nanti kena padam ;)

Di penghujung entri tersebut ada kotak ni untuk tweet, linked in dan +1. Kotak like di atas permulaan entri sebelah kanan.


Kali ni juga kami diminta publish kandungan emel yang dihantar kepada denaihati. Di bawah ini adalah kandungan emel tersebut. Sama je dengan kandungan entri http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman.

Oh ye..ada beberapa komen yang menarik di entri tersebut seperti ;

1. Cikgu Sokong Yahudi Ke? February 8, 2012 at 4:32 pm

iPhone 4 S tu buatan Amerika – penyokong Yahudi Israel…
Cikgu pun sokong Anerika – Isarel agak2nya….

Setakjat iPhone 4S pun cikgu termimipi-mimpi, macam budak darjah 1 cikgu ni.
Banyak lagi smartphone yang lebih hebat dari iPhone 4S buatan yahudi tu…

2. Anti Munafik February 8, 2012 at 4:55 pm

Cis! Orang sekarang dan pakai smatrpone lebih canggih – Samsung Nexus, cikgu masih berangan2 dengan junky – iPhone 4 S.?

Apalah cikgu ni, dah ketinggalan zaman la cikgu….

Wah..wah..wah..hebatnya dia ;)

Assalamualaikum,

Pertama kali ucapan terima kasih kepada team denaihati kerana menganjurkan contest Gajet Impian ini yang memberi peluang kepada ramai orang memiliki gajet impian masing². Setelah membuat penilaian berdasarkan keperluan sendiri dan juga faktor gajet terkini, dengan ini saya memilih gajet terkini Iphone 4S .


1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, Iphone 4S dan menjimatkan bil telefon.

Baru² ni saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub . Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri² istimewa dan kecanggihan mana² smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi. ;)

Bila saya tengok macam² aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya contohnya aplikasi² yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri http://denaihati.com/say-no-to-sms. Aplikasi² seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya, boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi² sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.

Jadi kalau adanya Iphone 4S, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.

2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana² sahaja.

Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan Iphone 4S yang canggih itu, Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, automatik internet akan off secara automatik.

Selalu juga saya saya baca blog² lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile, kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off. Jadi saya selalu menjadi silent reader di blog denaihati kerana kerap tidak boleh komen dengan versi mobile. Kalau dilihat dengan versi web menggunakan Iphone 4S, insyaAllah saya akan sentiasa komen di setiap entri terbaru denai hati, mana tahu tahun 2012 boleh challenge bang iwan..hehe.

Dengan adanya Iphone 4S, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta..hehe


3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana² untuk gambar yang menarik!

Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu kemana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang² banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri² kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan. Ciri² kamera dalam Iphone 4S yang sudah diperbaharui daripada Iphone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri Iphone4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya, wow!!. Lagi² dengan ciri² Face Detection itu, so perfect for taking great photos!! Memang tak perlukan DSLR lagi ke mana²!

Dengan Iphone 4S saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.

Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera Iphone 4S. ;)

Sekarang saya selalu tengok DH menggunakan Iphone 4S untuk mengambil gambar walaupun adanya smartphone² lain. Sudah semestinya gambar²nya sangat berkualiti kan?

4. Kemampuan Iphone 4S merakam HD video

Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat Iphone 4S yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas .

5. Ingin mencuba kebijaksanaan SIRI itu ;)

Intelligent Assistant ni mungkin boleh dianggap sebagai mini robot. Boleh bagi arahan suara untuk urusan harian seperti membuat panggilan, mesej, atau menetapkan jadual/appointment. Atau mungin boleh borak² kosong dengan SIRI. ;)


Itu antara² sebab utama kenapa saya inginkan Iphone 4S itu. Nak disenaraikan semua jenuhla team denaihati nak membacanya. ;) Banyak ciri² lain yang saya tak berapa faham disebabkan tak pernah cuba, adakah mungkin team denaihati boleh bagi saya satu untuk meneroka kecanggihan Iphone 4S itu?hehe..

Sekali kali lagi saya ucapkan terima kasih kepada team denaihati. ;)

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak

1 comment... add one now

MyKeyPad MyKeyPad 13 February, 2012
Uix sapa yg bg komen mcm tu. . .sungguh pathetic,mcm budak2 n xmatang lngsung la org tu. . .