Gambar² Sekitar Pesta Belon Udara Panas @ Hot Air Balloon, Putrajaya 2012

Bermula Khamis lepas telah berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Lokasinya lebih kurang 1km je dari rumah. Boleh tengok belon² berterbangan dari balkoni rumah je..hehe

Sabtu lepas pukul 9 pagi terus ke lokasi Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012. Malangnya tahun ni belon² dilepaskan ke udara sangat awal. Lebih kurang pukul 8

Kecewa Darwisy belon² tak banyak hari Sabtu tu

Oleh sebab kami semua tak puas hati, pagi² Ahad keesokannya kemi kembali ke sana, mentang-mentanglah rumah dekat. Kali ni pukul 8 dah keluar, dari jauh dapat tengok belon² dah mula terbang ke atas. Cepat² berhenti kereta ambil gambar.

Kata Darwisy dengan pelatnya ;

'' Wuyyoo.. Benon..benon..tingi. Best ''

kat sini nak kongsi sedikit gambar² yang saya ambil . Tak berapa lawa sebab gajet tak canggih sangat dan masih lagi tengah belajar ;)


Macam main kejar² lah pulak

Kek birthday siapa lah yang sesat ni kan?



Belon kesukaan Denaihati.com

Yang ni hebat, mendarat di atas air lagi.

Kenapa Michelin tak buat belon dalam bentuk tayar ye?



Gayatnya tengok diorang main paragliding..fuhh.

Simkad siapa tercicir ni?




Banyak lagi gambar² belon dan aktiviti lain yang ada di sana ada di sini. Lebih kurang 30 gambar lagi.

P/S : Lupa nak lap lens. Ada habuk , jadi gambar² pun ada tompok². Nampak sangat dah lama tak ambil gambar.hehe.

0 comment... add one now