#jumpa denaihati dan blogger² hebat yang lain di Sepetang Bersama Blogger

Pada Ahad lepas berlangsungnya acara sepetang bersama bloggers anjuran Denaihati Network di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis ini bermula jam 2-5++ petang. Terima kasih atas jemputan Denaihati Network.

Saya ke sana bersama isteri dan Darwisy, sampai ngam² majlis bermula, nasib baik tak sesat sebab tak biasa area tu.

Untuk perjalanan penuh majlis boleh baca di blog akubiomed-jumpa blogger otai dan juga di blog azmanishak.

Saya hanya nak berkongsi beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Gambar di bawah ni saya dah compress, jadi kualitinya agak kurang. Compress ke saiz dokumen sebab malas nak tunggu upload lama sangat.

Trofi Best of The Best Blog of The Year dipamerkan di hadapan

Antara tetamu² yang hadir

Ucapan dari founder Denaihati, Tn Hj Amir B Hassan

Jumpa geng jugak Darwisy ni. Anak fauzie upprofits, sama² minat kereta.

Tetamu yang datang dihidangkan dengan jamuan dengan menu utamanya Nasi Goreng dan Laksa Utara. Nyam.Nyam.Nyam

Sambil makan, kami dihiburkan oleh zarul umbrella yang juga seorang blogger


Antara gambar bersama blogger² lain.

Sempat ambil gambar bersama blogger² yang lain. Cuma tak sempat untuk ambil gambar dengan semua yang ada.

Darwisy dan idolanya. Dua² bertopi. Denaihati siap cakap lamanya tak pegang budak..ehem ehem

Bersama akubiomed. Mungkin ketinggiannya 182cm..hehe

Bersama blogger kacak Ariffshah. Dulu masa bujang saya kurus macam dia lah..hehe

Bersama Tn Hj Amir atau Denaihati. Akhirnya beliau tak boleh low profail lagi..;)

Bertuah sungguh bro jejai dapat sekilo silver yang harganya RM6k++ ni. Nak bagi kat sapa tu???

Kata eyriqazz sekarang tengah membujang.keh keh keh

Fauzie Upprofits pemenang Galaxy Note

Aksi bebas blogger² yang datang. Kata bro jejai dan abang ensem, jom kita buat gaya fatin liyana

Goodies bag dari Denaihati Network.

Kami bertiga...opss..berempat sekali dengan dalam perut mama Darwisy ;)

Alhamdulillah, kami berdua dapat hadiah cabutan bertuah.

Dapat voucher hosting dari Serverfreak. Adakah ini petanda saya kena bertukar ke wordpress dan ada hosting sendiri? oh..

Menang cabutan bertuah RM100 cash + 2 x RM80 cash voucher ke USS


P/S : Tak sempat nak buat link blog masing² lagi. Masa menaip pun dah ngantuk ni, dah awal pagi.



0 comment... add one now